‘Hilang sinar, saya dah tak kelakar macam dulu’

24 Jul 2026 • 12:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Hilang sinar, saya dah tak kelakar macam dulu’

PETALING JAYA – “Saya tak tahu ke mana hilangnya sinar dalam diri saya.”

Demikian luahan pempengaruh Kasih Iris Leona meluahkan rasa asing dengan perubahan diri serta perjalanan kehidupan yang dialaminya ketika ini.

Leona, 24, menyedari dirinya kini semakin  kurang aktif dan jarang memuat naik kandungan dalam media sosial seperti sebelum ini.

“Saya dah tak kelakar macam dulu dan tak lagi memuat naik sebarang hantaran dalam media sosial.

“Saya ibarat kelibat yang tidak kelihatan di sini,” katanya dalam TikTok.

Dalam masa sama, anak kepala pelakon Azhar Sulaiman itu beranggapan perubahan tersebut kemungkinan berlaku berikutan faktor usia yang semakin matang.

“Saya tidak tahu siapa diri saya yang sebenarnya atau mungkin saya cuma sudah semakin dewasa,” ujarnya.

Sebelum ini, Leona sering mencuri tumpuan menerusi perkongsian harian berunsur humor, celoteh bersahaja serta gaya hidupnya yang sentiasa mencuit hati para pengikut dan peminatnya dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Hilang sinar, saya dah tak kelakar macam dulu’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved