“Saya Dah Tak Kelakar Macam Dulu, Mungkin Dah Dewasa” – Kasih Iris Leona

Entertainment
24 Jul 2026 • 4:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh Kasih Iris Leona meluahkan rasa asing terhadap perubahan dirinya serta perjalanan kehidupan yang sedang dilalui ketika ini.

Leona, 24, mengakui dia kini semakin jarang aktif dan tidak lagi kerap memuat naik kandungan di media sosial seperti dahulu.

Advertisement
View this post on Instagram

“Saya tak tahu ke mana hilangnya sinar dalam diri saya.”

Menurut anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu, dirinya juga tidak lagi bersikap selucu sebelum ini dan semakin kurang berkongsi hantaran dengan pengikut.

“Saya dah tak kelakar macam dulu dan tak lagi memuat naik sebarang hantaran dalam media sosial.

“Saya ibarat kelibat yang tidak kelihatan di sini,” katanya menerusi TikTok.

Dalam masa sama, Leona berpendapat perubahan tersebut mungkin berlaku kerana dirinya semakin meningkat dewasa dan melalui proses kematangan.

View this post on Instagram

“Saya tidak tahu siapa diri saya yang sebenarnya atau mungkin saya cuma sudah semakin dewasa,” ujarnya.

Sebelum ini, Leona sering mencuri perhatian menerusi perkongsian harian berunsur humor, celoteh bersahaja serta gaya hidupnya yang mencuit hati para pengikut dan peminat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Saya Dah Tak Kelakar Macam Dulu, Mungkin Dah Dewasa” – Kasih Iris Leona2026-07-23 16:01:28

"Nampak Sangat Nak Elak Cukai" - Netizen Persoal Kaedah Pembayaran Kedai Pizza Milik Jofliam

The post “Saya Dah Tak Kelakar Macam Dulu, Mungkin Dah Dewasa” – Kasih Iris Leona first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved