Hina Agong di Facebook, pengawal keselamatan dipenjara 8 bulan, denda RM50,000

LocalPolitics
24 Jun 2026 • 4:08 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Hina Agong di Facebook, pengawal keselamatan dipenjara 8 bulan, denda RM50,000

KUCHING – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan denda RM50,000 selepas mengaku bersalah menghina Yang di-Pertuan Agong melalui hantaran di Facebook.

Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman terhadap Raden Mohamad Norhakim, 46, di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini, dengan perintah tambahan penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Telefon bimbit yang digunakan turut dilucut hak kepada kerajaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memuat naik kenyataan berunsur penghinaan yang menuduh Agong gagal bertindak terhadap pihak menghina Islam, selain mengandungi kata-kata menghina pemimpin negara.

Hantaran itu dikesan oleh pegawai MCMC pada 12 Februari 2025 sebelum siasatan membawa kepada serbuan pada 17 Jun.

Dalam rayuannya, tertuduh mendakwa terpengaruh dengan perbincangan di media sosial dan memohon hukuman diringankan. Namun, Hakim Iris menegaskan kesalahan melibatkan kepentingan awam perlu dipandang serius.

“Anda perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Yang di-Pertuan Agong. Tiada gunanya meminta maaf kepada mahkamah kerana kesannya telah berlaku,” katanya.

Pegawai pendakwa MCMC, Nazrul Nizam Mohd Zameri, menegaskan hukuman setimpal wajar dikenakan sebagai pengajaran agar masyarakat lebih bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial. - 24 Jun, 2026

The post Hina Agong di Facebook, pengawal keselamatan dipenjara 8 bulan, denda RM50,000 appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved