“Kan Dah Terciduk” – Lelaki Buat Aksi Wheelie Tergolek Lepas Tayar Motor Tercabut Raih Perhatian [Video]

11 Jun 2025 • 6:01 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pengguna jalan raya kerap kali diingatkan untuk memandu dan menunggang motosikal dengan berhemah. Hal ini penting bagi menjaga keselamatan diri dan juga individu lain.

Namun segelintir golongan masih degil dan melakukan pelbagai kesalahan demi kepuasan masing-masing. Sebagai contoh memotong lampu isyarat, membawa kenderaan melebihi had laju, dan lebih parah lagi aksi ‘wheelie’.

Seperti sebelum ini, seorang penunggang motosikal yang berada sekitar Hospital Cyberjaya dengan selamba melanggar lampu merah dan membuat aksi berkenaan.

Pun begitu, niat untuk melakukan perbuatan tersebut dengan jayanya tidak berhasil selepas dia terjatuh di tengah-tengah jalan raya.

Lelaki Terbabas Lepas Buat Aksi Wheelie

Terbaharu, tular satu hantaran di laman X (Twitter @Cikgu_Anep) menyaksikan satu situasi semasa berada di atas jalan raya.

Menerusi video perkongsian, kelihatan empat orang lelaki sedang menunggang motosikal secara berbahaya iaitu dengan melakukan aksi wheelie. Pada awalnya, mereka dilihat seronok melakukan perbuatan tersebut di jalan raya yang lengang itu.

Namun pada saat ke 10 klip berkenaan, kelihatan tayar bahagian depan kenderaan tiga roda yang ditunggang salah seorang lelaki itu secara tiba-tiba tercabut hingga menyebabkannya hilang kawalan.

Walaupun rakaman terbabit tidak begitu jelas, tetapi kelihatan lelaki itu terbabas di tepi jalan.

“Memanglah tak baik gelakkan orang ditimpa kecelakaan. Tapi kes macam ni boleh dikecualikan kot,” seloroh Cikgu Anep.

Orang Ramai Sindir Kelakuan Lelaki Yang Membuat Aksi Wheelie

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang aksi wheelie tersebut.

“Masing-masing dah cantik dah berbaju Melayu. Tapi buat apa la hang pergi buat wheelie pulak,” kata seorang wanita.

Malah para netizen turut sempat menyindir lelaki yang terjatuh dari motosikalnya itu.

“Tak nak guna tayar depan sangat kan. Biar tayar tu yang tarik diri dulu, kan dah mendapat,” ujar seorang pengguna X.

Sementara itu, ramai juga mengingatkan bahawa aksi itu berbahaya meskipun seseorang itu berkebolehan untuk mengawal motosikalnya.

“Naya kau dik. Kemahiran kau memang tidak dinafikan. Tapi bila tiba-tiba ada masalah teknikal yang ni peluang kau 50-50. Sama ada jatuh bergaya, atau jatuh terciduk. Moga cepat sembuh,” kata seorang warganet.

Selain itu, sesetengah individu turut menasihati orang ramai agar segera menghentikan tindakan tidak bermoral tersebut.

“Sepanjang jalan ni dah macam-macam kes jadi. Meninggal dunia langgar pokok, terperosok bawah lori, kebanyakannya pelajar. Tapi entahlah budak-budak ni. Contoh dah banyak, sejarah dah berulang kali jadi, tetap tak ambil iktibar,” tegas seorang lelaki.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: X

Individu Didapati Bersalah Boleh Didenda Hingga RM15,000

Sebenarnya aksi wheelie ini sudah kerap kali berlaku terutamanya di kalangan golongan muda. Namun kebanyakannya berakhir dengan tragedi.

Sebelum ini, seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Y150 dibahan netizen selepas tergolek di jalan raya kerana mahu membuat aksi berkenaan.

Untuk info, kesalahan terbabit bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain juga.

Kes sebegitu boleh disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Jika didapati bersalah, individu boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda minimum RM5,000 dan juga tidak melebihi RM15,000.