
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kerjaya sebagai seorang juruterbang antara yang paling diminati ramai, mana tidaknya, selain menerima bayaran yang tinggi, seorang pilot juga berpeluang melawati negara-negara lain ketika bekerja.
Lebih menarik lagi, juruterbang juga berpeluang menikmati keindahan panorama ciptaan Allah SWT dari kaca mata burung.
Namun, alam semesta yang luas ini masih menyimpan pelbagai misteri yang belum dirungkaikan oleh manusia dan hanya diketahui oleh Allah.
Tular pilot lihat dua cahaya misteri di langit ketika hantar jemaah haji ke Tanah Suci
Seperti baru-baru ini, seorang influencer Indonesia yang juga juruterbang sebuah pesawat komersial, Kapten Ruud Van Pangemanan berkongsi detik beliau melihat dua cahaya misteri berbentu sfera di langit ketika penerbangan pada waktu malam.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Kapten Ruud berkata, kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang membawa para jemaah haji menuju ke Tanah Suci pada minggu lalu.
“Malam itu pesawat terasa dingin dan saya solat dengan memakai jaket, keadaan di luar sunyi sepi ditaburi jutaan bintang yang berkelip dengan indahnya dan tak lama kemudiannya mata kami tertumpu pada cahaya yang bergerak (secara rawak) dengan bebas,” katanya.
Cahaya misteri bergerak-gerak, tidak dapat dikesan radar pesawat
Menurutnya, cahaya yang bersinar dengan terang itu bergerak-gerak kadang mendekat dan kadang menjauh daripada pesawat.
Ujar kapten Ruud, dia dan pembantu juruterbangnya tidak mengetahui cahaya apakah yang sedang dilihat itu sekali gus menimbulkan persoalan dalam diri mereka.
“Kami terus tertanya-tanya apakah itu? (Mungkin) boleh disebut UFO (Unidentified Flying Object) atau benda terbang yang tidak diketahui, kerana ‘kalian’ tidak ada dan tidak dapat dikesan di dalam radar kami,” katanya lagi.
Cahaya misteri disifatkan baik, tak ganggu penerbangan bawa jemaah haji
Pun begitu, Kapten Ruud menyifatkan cahaya misteri itu sebagai sesuatu yang baik kerana tidak mengganggu penerbangan berkenaan.
“Kalian adalah penghibur di saat kami (juruterbang) sedang mengantuk dan penat kerana bertugas, tugas kami adalah menghantar ribuan jemaah haji untuk ke Tanah Suci dengan selamat dan hari ini saya membawa 560 orang jemaah haji di dalam pesawat saya Boeing 747-400,” ujarnya.
Malah, beliau turut menggelar cahaya itu sebagai malaikat yang melindungi dan menemani mereka sepanjang bertugas.
@captainruud Malam itu pesawat terasa dingin, dan saya Sholat dengan memakai Jaket Terbang, keadaan di luar sunyi senyap di taburi jutaan bintang yang berkelap kelip dengan indah nya, dan tak lama kemudian mata kami kami tertuju oleh Cahaya yang bergerak kesana kemari dengan bebas, bersinar dengan terang nya, kadang mendekat kadang menjauh, kami terus bertanya2 apakah itu? Kalian bisa disebut UFO atau Unidentified Flying Object atau Benda Terbang yang tidak Diketahui, karena kalian tidak ada dan tidak terdeteksi di radar kami. Tapi kalian baik dan tidak mengganggu, kalian hanya menunjukkan diri dengan menari dan bersinar atau lebih tepat nya kalian adalah PENGHIBUR, di saat kami yang sedang mengantuk dan lelah karena sedang ber TUGAS, Tugas kami adalah Mengantar Ribuan Jemaah Haji untuk tiba di Tanah Suci dengan Selamat, dan Hari ini saya membawa 560 Orang Jemaah Haji di dalam pesawat saya Boeing 747-400. Untuk itu kalian pantas di sebut MALAIKAT, malaikat yang melindungi dan menemani kami selama bertugas! Amiin YRA WUALLAHUALLAM, Terima Kasih ya Tuhan atas Keindahan yang KAU tunjukan. Semoga banyak hikmah dan manfaat yang dapat kita ambil dari Pengalaman ini ditonton vlog youtube nya #pilotlifestyle #boeing747pilot #jumbojet #queenoftheskies #ufo #angels ♬ original sound – თემო
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang dakwa ‘ball lightning’
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video tersebut.
Kebanyakan netizen turut tidak mengetahui cahaya apakah yang terakam di dalam video tersebut.
Pun begitu, ada sesetengah individu yang mendakwa cahaya terbabit merupakan fenomena ‘ball lightning’ atau cahaya bebola.
Apa itu fenomena ball lightning
Memetik di laman Facebook Discover Earth, ‘ball lightning’ merupakan fenomena elektrik atmosfera yang belum dapat dijelaskan secara terperinci dan ia berpotensi membahayakan.
Istilah cahaya bebola digunakan bagi merujuk laporan mengenai objek berbentuk sfera yang bercahaya dengan saiz yang berbeza-beza dari sebesar kacang hingga beberapa meter diameter.
Walaupun biasanya dikaitkan dengan ribut petir, fenomena ini bertahan jauh lebih lama berbanding kilat biasa yang hanya berlaku sekelip mata.
Difahamkan, kewujudan sebenar fenomena cahaya bebola ini masih belum dibuktikan, namun ia muncul dalam pelbagai catatan sepanjang sejarah.
Berikut komen yang diberikan netizen:





![Siap Ada Kereta Berhias, Aksi Rakyat Indonesia Berarak Sambil Bertakbir Di Jalan Raya Curi Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![“Apa Pun Tak Nampak” – Pemandu Lori Kongsi Keadaan Di Jalan Gerik-Jeli Pada Waktu Malam [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)

