Honor Pad 10 5G diperkenalkan sebagai kemas kini kepada model sebelumnya. Reka bentuk dan fungsinya menyokong pelbagai aktiviti seperti pembelajaran, hiburan dan tugasan kerja harian sesuai untuk pelbagai peringkat pengguna.

Tiada perubahan ketara dari segi spesifikasi lain. Ia dilengkapi dengan skrin 12.1 inci TFT LCD (IPS) beresolusi 2560 × 1600 piksel. Cip Snapdragon 7 Gen 3 digunakan sebagai pemproses bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.



Tablet menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15 untuk akses kepada fungsi dan kemaskini terkini. Sistem kameranya terdiri daripada kamera hadapan dan belakang 8MP. Bateri pula 10,100mAh bagi menyokong penggunaan sepanjang hari tanpa perlu kerap dicas.


Model 5G dijual dengan harga RM1799 di Malaysia. Ketersediaan bermula 10 Ogos 2025 dengan hadiah menarik bernilai RM 1097 termasuk kerangka tablet percuma, Honor Choice Headphone dan Honor Pencil.
