"Hormonal, Bukan Gila" - Dr. Malar Seru Lelaki Belajar Fahami Mood Swing Wanita Ketika Haid

6 Aug 2025 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang pengguna media sosial, @fzhilmi, baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat di platform X (dahulu Twitter) selepas bertanya bagaimana cara menangani wanita ketika datang haid. 

“Semua benda tak kena… diam salah, cakap pun salah,” tulisnya sambil merayu nasihat daripada netizen.

Menariknya, respon paling mencuri perhatian datang daripada figura kesihatan popular, Dr. Malar Santhi Santherasegapan atau lebih dikenali sebagai Dr. Malar.

Menerusi balasannya yang bersahaja namun sarat makna, Dr. Malar menasihatkan agar lelaki menghargai dan memahami fasa emosi wanita ketika haid sebagai sesuatu yang semula jadi, bukan satu bentuk ‘kegilaan’.

“Enjoy her craziness. Admire her cuteness in that chaos.

“Esok lusa bila dia dah tua, dah takde that period mood swings, you will miss her old-crazy-young attitude," tulisnya.

Menurut Dr. Malar, perubahan emosi yang berlaku sewaktu haid bukanlah perlakuan buruk, sebaliknya kesan daripada biologi semula jadi ciptaan Tuhan yang unik buat wanita.

“By the way, period mood swings is not bad behavior, it’s NATURAL BIOLOGY CREATED BY GOD FOR WOMEN. Learn how to love, understand, and respect that," katanya.

Tambahnya lagi, pengalaman peribadinya sendiri turut mencerminkan bagaimana perubahan emosi ini adalah sebahagian daripada perjalanan hidup wanita. 

Dr. Malar sempat juga berkongsi emosi 'gila-gila' ketika haid hingga membuatkan suaminya pening, namun kini apabila dirinya sudah lebih tenang, suaminya pula keliru dan 'merindui' ketegangan lama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved