Hospital Kemaman siap 85%, operasi dijangka bermula 2027

LocalHealth & Fitness
27 Oct 2026 • 4:51 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hospital Kemaman siap 85%, operasi dijangka bermula 2027 Image from: Hospital Kemaman siap 85%, operasi dijangka bermula 2027 liza27/10/2026 - 16:51 Gambar BERNAMA Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 27 Okt – Projek pembinaan Hospital Kemaman dekat Bandar Baru Kijal di Terengganu yang bernilai RM427 juta kini mencapai kemajuan 85% dan dijangka siap sepenuhnya pada 2027 selepas mengalami kelewatan lebih lapan tahun.

 

Pembinaan projek tersebut dimulakan pada November 2017 namun mengalami kelewatan berikutan beberapa kekangan yang dihadapi kontraktor terlibat, termasuk masalah teknikal dan kewangan.

 

Projek tersebut dilaksanakan kerana bangunan Hospital Kemaman sedia ada di bandar Chukai sudah tidak mampu lagi menampung kapasiti pesakit yang semakin meningkat.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata Hospital Kemaman baharu itu bakal dilengkapi 300 katil, lapan dewan bedah, unit rawatan rapi, kompleks klinik pakar serta klinik rawatan harian.

 

“Kemudahan itu dirancang bagi menampung keperluan pesakit yang semakin meningkat di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Garden Bay City dan The Walk di Kerteh, Terengganu, hari ini

 

Garden Bay City sasar GDV RM800 juta

Dalam perkembangan berkaitan, projek pembangunan bercampur Garden Bay City dan The Walk di Kerteh menyasarkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM800 juta.

 

Projek di tapak seluas 17.8 hektar itu merangkumi pembinaan 235 unit rumah mampu milik, hab perniagaan moden serta kemudahan perubatan swasta.

 

Sasaran GDV RM800 juta merujuk kepada nilai pembangunan kasar keseluruhan projek dan bukannya keuntungan bersih pemaju. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved