Hotel Paya Bunga dinobat Hotel Bandar Mesra Muslim Terbaik

LocalTravel
14 Aug 2026 • 7:33 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hotel Paya Bunga dinobat  Hotel Bandar Mesra Muslim Terbaik

KUALA TERENGGANU: Hotel Paya Bunga di sini, mencipta satu lagi kejayaan apabila dinobatkan sebagai Hotel Bandar Mesra Muslim Terbaik pada Malam Gala Anugerah Industri Pelancongan 2026 (TIA2026), baru-baru ini.

Pengiktirafan daripada Malaysia Friendly Association & Recognition (MFAR) bertaraf Platinum itu sekali gus menjadi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kedudukannya sebagai hotel bandar yang memenuhi keperluan pelancong Muslim.

Pengurus Besar Paya Bunga Hotel, Zulkifly Mohd. Yusof berkata, kejayaan tersebut adalah hasil komitmen dan usaha berterusan seluruh warga kerja Paya Bunga Hotel dalam memastikan kualiti perkhidmatan, kemudahan dan pengalaman tetamu sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Pengiktirafan ini bukan sekadar satu pencapaian kepada Hotel Paya Bunga sebaliknya menjadi pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen seluruh warga kerja kami yang sentiasa berusaha memberikan pengalaman hospitaliti terbaik kepada setiap tetamu.

“Selepas menerima MFAR Platinum, kejayaan di TIA2026 ini menjadi motivasi kepada kami untuk terus meningkatkan standard hotel sebagai destinasi hospitaliti mesra Muslim yang bukan sahaja memenuhi keperluan tetamu, malah mampu bersaing di peringkat nasional,” katanya di sini.

TIA2026 merekodkan sebanyak 133 anugerah yang diberikan kepada pemain industri pelancongan dan perhotelan negara, sekali gus menjadikan pengiktirafan itu antara pencapaian penting dalam landskap industri pelancongan Malaysia.

Zulkifly berkata, konsep mesra muslim bukan sekadar menyediakan kemudahan tertentu, sebaliknya merangkumi keseluruhan pengalaman tetamu termasuk aspek perkhidmatan, keselesaan, kebersihan, makanan dan minuman serta persekitaran yang memenuhi keperluan dan nilai pelancong muslim. – UTUSAN

The post Hotel Paya Bunga dinobat Hotel Bandar Mesra Muslim Terbaik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved