Huawei FreeClip2 Ditawarkan Dalam Warna Baharu – Rose Gold Dan Harga RM749

TechnologyDigital
12 Mar 2026 • 3:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei FreeClip 2 kini ditawarkan di Malaysia dengan pilihan warna baharu Rose Gold sekali gus melengkapkan variasi sedia ada iaitu White, Black, dan Blue. Harganya ditetapkan pada RM749 dan setiap pembelian turut disertakan 1 Year Lose Care bernilai RM59 secara percuma.

image is not available

Dari segi rekaan, ia mengekalkan pod pengecas berbentuk segi empat pusam serta konsep Comfort Bean dan Acoustic Ball melalui C-Bridge Design. Versi baharu ini menggunakan bahan yang 25% lebih lembut untuk keselesaan berpanjangan. Ciri lain termasuk penarafan IP57, bateri sehingga 38 jam serta fungsi pengesanan telinga automatik.

image is not available
image is not available

FreeClip 2  juga disokong oleh NPU AI dengan fungsi Adaptive Volume untuk menyesuaikan tahap audio secara automatik dan Adaptive Voice Enhancement bagi menghasilkan suara lebih jelas. Huawei turut menambah kawalan baharu seperti Gesture Swipe Control bagi melengkapkan Nod Motion Head dan Gesture Tap Control untuk kawalan lebih mudah.

image is not available
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved