Huawei Pura 90 Turut Dilancarkan Dengan Kirin 9010S

TechnologyDigital
20 Apr 2026 • 6:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hari ini, Huawei telah memperkenalkan peranti pintar Huawei Pura 90 Pro dan Huawei Pura 90 Pro Max yang sekali lagi memberikan perhatian kepada kemampuan fotografi tahap mercu. Tetapi turut dilancarkan ialah Huawei Pura 90 dengan spesifikasi lebih rendah.

image is not available

Peranti pintar ini hadir dengan skrin 6.8″ OLED pada resolusi FHD+, 120Hz LTPO dan pengesanan sentuhan 300Hz. Ia dilindungi kaca Kunlun Glass yang tahan lasak bagi mengelakkan kerosakan jika peranti terjatuh.

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 9010S sama yang diperlihatkan pada siri peranti Huawei Pura 80, memori sehingga 16GB, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 6500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W secara berwayar serta 50W secara nirwayar.

image is not available

Dari segi penawaran kamera pula, Huawei Pura 90 dimuatkan dengan dengan lensa sudut lebar 50MP dengan apertur f/1.8, lensa ultra lebar 12.5MP f/2.2 dan lensa telefoto 50MP dengan zum optikal 3.7x. Sementara itu kamera hadapan pula adalah sebesar 50MP.

Sistem operasi yang digunakan ialah HarmonyOS 6.1 maka terdapat beberapa ciri AI disertakan untuk memudahkan pemilik melakukan pelbagai tugasan. Selain itu peranti mempunyai sistem NFC, pemancar infra merah, speaker stereo, dan ketahanan kalis air serta debu IP69.

image is not available

Di China Huawei Pura 90 dilancarkan dalam warna hitam, ungu dan putih dengan harga seperti di bawah.

  • Huawei Pura 90 (12/256GB) – RMB 4699 (~RM 2725)
  • Huawei Pura 90 (12/512GB) – RMB 5199 (~RM 3014)
  • Huawei Pura 90 (16/256GB) – RMB 5699 (~RM 3304)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved