UMNO cabar kerajaan keluarkan BN, sedia hadap undi tak percaya

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 7:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

UMNO mencabar Kerajaan Perpaduan supaya mengeluarkan Barisan Nasional (BN) secara rasmi daripada kerajaan sekiranya gabungan itu benar-benar tidak lagi diperlukan dalam pentadbiran negara.

Image from: UMNO cabar kerajaan keluarkan BN, sedia hadap undi tak percaya

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah berkenaan perlu dilakukan secara terbuka menerusi proses demokrasi, termasuk dengan mengadakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat jika kerajaan benar-benar bersedia mengambil tindakan tersebut.

Beliau berkata, pembentukan Kerajaan Perpaduan pada asalnya berasaskan sokongan 112 kerusi Parlimen, dengan Pakatan Harapan (PH) ketika itu memiliki 82 kerusi manakala BN menyumbang 30 kerusi.

“Walaupun jumlah kerusi bersama Kerajaan Perpaduan sekarang melebihi majoriti mudah, tetapi ia adalah tambahan kepada asas yang ada kerana parti yang menyertai sekarang ini pelbagai, iaitu 18 parti.
“Jangan lupa, daripada 112 yang mereka ada asalnya, tiga sudah keluar daripada PKR iaitu (Datuk Seri) Rafizi (Pandan), Nik Nazmi (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang),” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Sabtu.

Image from: UMNO cabar kerajaan keluarkan BN, sedia hadap undi tak percaya

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya UMNO-BN diarahkan keluar daripada Kerajaan Perpaduan, asas 112 kerusi yang menjadi sandaran kepada pembentukan kerajaan sebelum ini tidak lagi boleh dianggap kekal.

Artikel lain: Asyraf Wajdi tolak tuduhan UMNO atau BN khianat Kerajaan Perpaduan

Dalam keadaan itu, beliau berpandangan mandat baharu daripada rakyat wajar diperoleh sekiranya berlaku perubahan terhadap komposisi kerajaan sedia ada.

“Kalau kita diminta keluar, logiknya asas 112 kerusi pun sudah tiada. Jadi wajarnya mandat baharu mesti diperoleh.
“Pilihan cuma ada dua. Satu, dapatkan semula mandat baharu dengan mengadakan pilihan raya umum. Kedua, keluarkan kami secara rasmi dan buat undi tidak percaya di Dewan Rakyat,” tambahnya lagi.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved