
PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri sehingga 6 petang ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia, ramalan itu dijangka melibatkan beberapa negeri iaitu Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, dan Sabah.
“Antara kawasan yang terlibat di Perak ialah Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Mualim, dan Kuala Kangsar.
“Di Kelantan kawasan Jeli dan Tanah Merah manakala Pahang di Raub, Bentong, Temerloh dan Cameron Highland.
“Di Selangor melibatkan kawasan Hulu Selangor dan Sabak Bernam. Negeri Sembilan kawasan Jelebu dan Seremban, di Sabah pula kawasan Tawau,” katanya.
MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN
The post Hujan lebat di 6 negeri termasuk Perak appeared first on Utusan Malaysia.






