Hujan lebat di Sarawak petang ini

LocalEnvironment
20 Aug 2026 • 3:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hujan lebat di Sarawak petang ini

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Sarawak dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, kawasan yang terlibat ialah Bintulu membabitkan Tatau, Miri (Marudi, Subis, Beluru dan Miri), Mukah (Mukah) serta Sibu (Selangau).

Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Dalam perkembangan lain MetMalaysia memaklumkan, analisis terhadap model ramalan cuaca terkini menunjukkan angin dari arah selatan dijangka berterusan sepanjang minggu ini.

“Pengaruh angin dari arah selatan bersama bilangan titik panas yang masih banyak di Borneo berpotensi menyebabkan keadaan jerebu dan jarak ketampakan rendah.

“Keadaan itu dijangka berlaku terutama di Sarawak dan bahagian barat Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini daripada MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Hujan lebat di Sarawak petang ini appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved