Ribut petir landa Hulu Selangor, Sabak Bernam hingga 6 petang

LocalEnvironment
21 Aug 2026 • 4:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ribut petir landa Hulu Selangor, Sabak Bernam hingga 6 petang

SHAH ALAM, 21 OGOS: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Hulu Selangor dan Sabak Bernam sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan cuaca sama turut diramal berlaku di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim dan Kuala Kangsar, manakala Jeli dan Tanah Merah di Kelantan.

Amaran sama turut membabitkan Raub, Bentong, Temerloh dan Cameron Highlands di Pahang; Jelebu dan Seremban di Negeri Sembilan serta Tawau, Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Image from: Ribut petir landa Hulu Selangor, Sabak Bernam hingga 6 petang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved