Ibu Bapa Kena Tahu! Ini Tips Pilih Multivitamin Sesuai Untuk Anak [Video]

Health & FitnessFamily & Parenting
19 Sep 2025 • 3:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Bagi kebanyakan ibu bapa, tugas mendidik dan menjaga anak bukanlah satu perkara mudah. Manakan tidak, setiap anak ada ragamnya tersendiri.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa adalah sikap anak yang enggan makan dan sering sakit lebih-lebih lagi mereka yang dihantar ke pusat jagaan.

Kadangkala, pening dibuatnya. Yelah, setiap bulan perlu ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan dan membeli ubat.

Keadaan sebegini menyebabkan ada segelintir ibu bapa yang memilih untuk memberi si kecil multivitamin bagi menguatkan sistem imun badan.

Namun, pemberian vitamin kepada anak bukanlah boleh diberi sesuka hati, ibu bapa perlu mendapatkan saranan dari doktor terlebih dahulu.

Nak tahu apa yang patut dibuat sebelum pemberian multivitamin, jom kami kongsikan tips buat anda.

Dapatkan Vitamin Dari Diet Yang Sihat & Seimbang

Merujuk laman Hello Doktor yang memetik American Academy of Pediatrics, kanak-kanak yang sihat dan mengambil diet seimbang tidak memerlukan suplemen.

Golongan ini sepatutnya mendapatkan vitamin yang mencukupi dengan pengambilan makanan seperti:

  • Susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt.
  • Buah-buahan segar dan sayur-sayuran hijau.
  • Protein seperti ayam, ikan, daging dan telur.
  • Bijirin penuh seperti oat dan beras perang.

image is not available

Bila Kanak-Kanak Digalakkan Ambil Multivitamin?

Namun, tidak semua ibu bapa sempat menyediakan makanan yang sihat dan seimbang lebih-lebih lagi buat mereka yang bekerjaya.

Ada juga sesetengah ibu bapa yang menghadapi kesukaran berhadapan dengan anak yang picky eater.

Jelas laman itu lagi, oleh kerana itu pakar pediatrik menggalakkan pengambilan multivitamin khusus buat si kecil yang:

  • Tidak dapat makanan seimbang
  • Terlalu memilih semasa makan atau mengelak untuk makan
  • Menghidap penyakit kronik seperti asma atau masalah pencernaan terutama yang sedang mengambil ubat tertentu
  • Mempunyai masalah tumbesaran
  • Menghidap alahan tertentu
  • Terpaksa mengikut diet vegetarian atau diet bebas tenusu
  • Mengambil terlalu banyak makanan ringan atau makanan yang diproses
  • Suka minum air berkarbonat yang boleh menyebabkan mereka mengalami kekurangan vitamin dan mineral

Elok Tunggu Anak Berumur 4 Tahun Ke Atas

Namun, ibu bapa disarankan untuk menunggu anak berusia 4 tahun ke atas jika mahu memberi multivitamin kecuali jika doktor mencadangkan sebaliknya.

image is not available

Jenis Vitamin & Mineral Penting Untuk Si Kecil

Memetik laman Hospital Pantai, vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh kanak-kanak adalah:

  • Vitamin A
  • Vitamin B (terutamanya B-12)
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Vitamin K
  • Mineral (Kalsium, magnesium, fosfat, zink, besi, fluorida dan iodin)

image is not available

Tips Pilih Vitamin Mengikut Keadaan Anak

Menerusi satu video yang pernah dikongsikan oleh doktor perubatan dan pempengaruh, Dr Malar Santhi di media sosial miliknya, dia ada berkongsikan panduan buat ibu bapa memilih multivitamin berdasarkan keadaan anak masing-masing.

#1 Anak Sejenis Picky-Eater

Jelasnya, jika anak anda seorang yang jenis memilih makanan atau picky eater, multivitamin dengan asid folic dan lysine adalah pilihan terbaik.

Ini kerana asid folic merupakan nutrien yang membantu untuk menambah darah manakala lysine penting untuk tumbesaran.

“Lysine boleh didapati daripada sumber protein tetapi kalau anak picky eater, kita kena ikhtiar berikan semua nutrien melalui suplemen tambahan,” jelasnya.

Kongsi Dr Malar lagi, multivitamin ini jenis tersebut sesuai diambil buat si cilik yang berusia satu hingga 12 tahun.

image is not available

#2 Anak Yang Pergi Sekolah

Jika anak anda dah pergi ke sekolah khususnya buat si cilik yang berusia 4 hingga 12 tahun, multivitamin yang sesuai adalah dengan tambahan Omega-3.

Ini kerana multivitamin jenis ini mempunyai kandungan EPA & DHA yang membantu perkembangan otak dan memori.

#3 Anak Yang Selesai Ambil Antibiotik

Jelas Dr Malar, sekiranya anak anda baru selesai mengambil antibiotik, multivitamin yang sesuai adalah yang didatangkan dengan prebiotik.

“Prebiotic akan tingkatkan kuman baik dalam usus dan pastikan usus sihat dan tiada masalah pencernaan.

“Jenis ada prebiotic ini sesuai untuk kanak-kanak yang baru habis makan antibiotik sebab antibiotik boleh terbunuh kuman baik dalam usus.

“Prebiotic akan tingkatkan kuman baik dalam usus sekaligus tingkatkan imuniti dalam kalangan kanak-kanak, sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 4 sehingga 12 tahun” jelasnya lagi.

image is not available

#4 Anak Yang Pramatang

Buat ibu bapa yang mempunyai anak pramatang, Dr Malar menyarankan agar memilih multivitamin yang mengandungi taurine.

Ini kerana taurine merupakan nutrien yang memainkan peranan penting dalam penyerapan lemak daripada usus.

“Dalam kalangan kanak-kanak pramatang, taurine mainkan peranan penting untuk memastikan mereka dapat serap lemak berkhasiat daripada usus, taurine ini juga menyokong perkembangan otak dan mata,” jelasnya.

Buat anda yang bergelar ibu bapa, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memberi multivitamin kepada anak anda.

@drmalarss

Macam mana uols pilih jenis dan kandungan multivitamin yang sesuai untuk anak anda? 🤔 Jawapannya ada di video 😘 Jom ramai ramai tengok sampai habis ! #celotehdrmalar #ChampsVitamins #MinumChamps #MothersChoiceforChampions #teamMakMak @champsvitamins

♬ original sound – CelotehDrMalar – CelotehDrMalar

Tonton video penuh [DI SINI]

Source: