Ibu maut, kereta dipandu anak lelaki terbabas

LocalCars
3 Aug 2026 • 3:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ibu maut, kereta dipandu anak lelaki terbabas
Kenderaan dipandu mangsa dilaporkan terbabas lalu melanggar penghadang jalan di Jalan Batu Pengasah, Durian Burung, Padang Terap pada Isnin. Foto: JBPM

PADANG TERAP – Seorang wanita berusia lingkungan 50-an maut manakala anak lelakinya dilaporkan cedera selepas kereta dinaiki terbabas lalu melanggar penghadang jalan dalam kemalangan di Jalan Batu Pengasah, Durian Burung, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.35 pagi itu, mangsa wanita yang berada di tempat duduk penumpang hadapan didapati tersepit dalam kereta jenis Toyota Avanza.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Mohd Anuar Junoh berkata, wanita terbabit maut manakala anak lelaki mangsa berusia 21 tahun, cedera di bahagian badan.

"Pada jam lebih kurang 7.40 pagi, kaunter aduan Trafik Padang Terap terima makluman dari Gerakan Terap maklum kejadian kemalangan jalan raya berlaku di Jalan Batu Pengasah melibatkan sebuah kenderaan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kenderaan itu sedang bergerak dari arah Kuala Nerang menghala ke Durian Burung terbabas ke bahu kiri jalan lalu melanggar penghadang besi," katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Zulhusni Abdul Rahman berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang bersama sebuah jentera FRT dan EMRS digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 8.05 pagi dan bertindak mengeluarkan mangsa wanita yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan serpihan kaca dan tumpahan minyak di lokasi kejadian dilaksanakan sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.25 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved