Ibu saudara: Irene Sofiya pelajar cemerlang, bercita-cita jadi doktor

5 Oct 2026 • 9:10 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ibu saudara: Irene Sofiya pelajar cemerlang, bercita-cita jadi doktor

SHAH ALAM, 5 OKT: Mangsa kes bunuh pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Yong Peng disifatkan sebagai pelajar cemerlang yang bercita-cita menjadi doktor seperti arwah ibunya.

Ibu saudara mangsa, Siti Nur Faeza Khyar, 45, berkata Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, sangat mementingkan pelajaran dan sering memperoleh keputusan terbaik di sekolah, lapor Kosmo!.

“Dia sangat mementingkan pelajaran dan mahu berjaya dalam hidup. Cita-citanya mahu menjadi doktor seperti arwah ibunya.

“Kalau ada peperiksaan, Fiya akan mendapat tempat pertama atau kedua dalam tingkatan. Dia juga berpotensi memperoleh keputusan 9A dalam SPM,” katanya.

Menurut Nur Faeza, mangsa juga tidak berminat untuk mempunyai teman lelaki kerana mahu memberi tumpuan kepada pelajaran dan cita-citanya.

Katanya, kehilangan Irene Sofiya mula disedari selepas rakan sekelas mendapati mangsa tidak berada di sekolah, manakala motosikalnya ditemukan di sebuah kedai berhampiran.

Beliau kemudian bersama nenek mangsa dan beberapa rakan sekelas pergi ke sekolah untuk mencarinya sebelum menemui Irene Sofiya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dalam dewan.

Susulan itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun kira-kira jam 7 malam pada hari kejadian dan merekodkan reman enam hari bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas telefon bimbit, beg, pakaian dan selipar, manakala motif kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved