Irene Sofiya: Bedah siasat sahkan kematian akibat trauma tumpul di kepala

5 Oct 2026 • 5:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Irene Sofiya: Bedah siasat sahkan kematian akibat trauma tumpul di kepala

Bedah siasat mengesahkan punca kematian pelajar 16 tahun, Irene Sofiya, adalah akibat trauma tumpul di kepala, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

KUALA LUMPUR: Bedah siasat terhadap mayat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, pada Sabtu lepas mendapati punca kematian akibat trauma tumpul di kepala.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata bedah siasat dijalankan semalam oleh pakar patologi dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

“Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun telah ditangkap pada 3 Okt dan permohonan reman dibenarkan oleh Majistret selama enam hari hingga 9 Okt bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan kes itu.

Beliau memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional tanpa sebarang elemen cover-up atau melindungi mana-mana pihak.

“Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau memberi sebarang komen yang boleh mengganggu proses siasatan atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

Sabtu lepas, Irene Sofiya  ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sekolah terbabit pada kira-kira 5.50 petang.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata mangsa mengalami beberapa kecederaan pada bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Suspek ditahan di sekitar Yong Peng kira-kira 7 malam pada hari yang sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved