KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir menolak naratif yang mendakwa anaknya itu mengalami tekanan emosi dan perasaan yang berpunca daripada dirinya sendiri.
Noraidah Lamat, 46, berkata, dia tidak pernah melihat tanda-tanda sedemikian pada Zara Qairina sepanjang membesarkannya.
"Mengenai Zara, bagi saya sepanjang saya membesarkan Zara, tinggal bersama Zara, Zara tidak pernah menunjukkan tanda-tanda tekanan emosi sama ada secara fizikal, kelakuan tidak pernah. Sebab saya bukan saja ibu di rumah, saya juga guru di sekolah.
"Jadi Zara sekolah dengan saya dan saya mengajar Zara. Keadaan Zara tu tidak ada ciri-ciri mengalami tekanan emosi," katanya.
Mengulas lanjut, Noraidah berkata, anaknya itu seorang yang aktif di mana sering terlibat dalam aktiviti di sekolah.
"Kemenjadian Zara ini dia seorang yang aktif selalu menawarkan diri untuk mengikuti apa saja aktiviti yang dicadangkan cikgu.
Contohnya 'Zara nanti kamu ikut pertandingan main catur' atau 'Zara nanti kamu ikut pertandingan bersajak atau bercerita di sana dulu ya', dia akan menyahut cabaran dan minta galakan saya dan saya bagi sokongan kepada Zara.
"Dari situ saya tahu Zara seorang anak yang sangat bersemangat. Kalau anak yang tekanan emosi ni dia akan ketakutan, pasif, menangis, menjauhkan diri tidak mahu dekat-dekat saya, tidak mau bercerita," katanya.
Ditanya sama ada pernah melihat naratif di media sosial yang mendakwa Zara Qairina mengalami tekanan emosi berpunca daripadanya, Noraidah berkata, perkara itu memang wujud terutama di Facebook.
"Ada segelintir pempengaruh atau orang awam yang ada pangkat-pangkat, mereka cuba menulis untuk mempengaruhi orang ramai yang saya ni adalah punca anak saya tekanan, ibu yang jahat dia kata, entah-entah ibunya tu mental begitu," katanya.
Menurutnya, dia berasa sakit hati dan emosi apabila membaca dakwaan sedemikian, namun memilih menyimpan tangkap layar dan pautan berkenaan untuk dikongsikan dengan iparnya.
“Saya kalau membaca cerita begitu puan memang saya sakit hati. Saya emosi dan saya akan cepat-cepat screenshot ambil link dia itu dan berkongsilah dengan ipar saya. Sebab saya tidak mampu mahu melawan mereka di Facebook," katanya.
Noraidah berkata, naratif berkenaan mula dilihatnya selepas kejadian pada 17 Julai dan terus tersebar sebelum inkues bermula.
"Yang kali pertama puan selepas kejadian 17 Julai. Saya melihat sebelum inkues bermula ramai sudah mereka menyebarkan perkara-perkara yang tidak betul. Saya cuba menahan sabarlah tetapi hilang juga sabar saya menjawab juga di Facebook, jawapan saya biasanya begini lah, 'kamu kenalkah saya siapa yang kamu tahu sangat ni?' Begitu saja saya jawab," katanya.
Katanya, sehingga kini masih terdapat pihak yang mempertikaikan keputusannya membawa kes berkenaan ke mahkamah, namun dia memilih untuk tidak lagi mengikuti perkara tersebut bagi menjaga emosinya.
"Saya sebenarnya tidak berapa membaca akan cerita begitu. Memang ada antaranya tu mungkin mereka tidak mahu orang awam memberi sokongan kepada saya supaya saya ini lemah semangat, kemudian saya ni mungkin tidak membawa kes ke mahkamah," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa dirinya menjadi punca tekanan emosi Zara Qairina walaupun audio perbualan serta beberapa video yang menunjukkan hubungan rapat mereka telah dikemukakan dalam prosiding inkues, Noraidah berkata, naratif mengenai diari dan masalah keluarga Zara turut tersebar sejak sebelum inkues bermula.
"Memang ada segelintir penulis di Facebook masih lagi bercerita pasal diari, diari tidak pandai habis," katanya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman






