Ibu Zara Qairina beri keterangan inkues hari ini

7 Oct 2026 • 11:02 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ibu Zara Qairina beri keterangan inkues hari ini

KOTA KINABALU – Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, 46, hari ini tampil sebagai saksi ke-82 bagi prosiding inkues kematian anaknya di Mahkamah Koroner, di sini.

Noraidah tiba di mahkamah kira-kira 9 pagi untuk memberikan keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Beliau merupakan antara dua saksi terakhir yang dipanggil memberikan keterangan dalam prosiding inkues itu sebelum Pegawai Penyiasat Inspektor Wong Yew Zhung.

Semalam, kakak tiri Zara Qairina, Malianah Mahathir, 25, tampil sebagai saksi ke-81 dan memberikan keterangan tentang hubungannya dengan Allahyarham serta keluarga berkenaan.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas pelajar tingkatan satu itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolahnya pada 4 pagi. – Bernama

The post Ibu Zara Qairina beri keterangan inkues hari ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved