Ibu Zara Qairina tiba beri keterangan di Mahkamah Koroner

7 Oct 2026 • 9:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ibu Zara Qairina tiba beri keterangan di Mahkamah Koroner
Noraidah tiba di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada Rabu.

KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat tiba di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu bagi memberikan keterangan berhubung kematian anaknya itu.

Noraidah dijadualkan tampil sebagai saksi ke-82 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina yang bersambung jam 9 pagi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Sebelum itu, prosiding pada Selasa menyaksikan anak tirinya, Malianah Mahathir, 25, tampil sebagai saksi ke-81 untuk memberikan keterangan di mahkamah sama.

Keterangan Malianah antara lain menyentuh pengalamannya tinggal bersama Noraidah selama kira-kira tujuh bulan dan dakwaannya pernah didekati beberapa individu daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang cuba mempengaruhinya berhubung keterangannya dalam inkues.

Inkues kematian Zara Qairina sebelum ini telah mendengar keterangan daripada saksi kanak-kanak, pakar serta individu yang mempunyai kaitan dengan remaja berkenaan.

Noraidah diwakili pasukan peguam iaitu Shahlan Jufri, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Inkues dikendalikan pasukan pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus.

Peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Peguam bagi pelajar A yang dikaitkan dengan kematian Zara Qairina ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala peguam bagi empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bangunan bawah asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu dan dilaporkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved