Idan Aedan Harap Penonton Tak Terlalu Cepat Mengkritik Filem ‘Kacau’ - “Saya Rasa Macam Terlampau Banyak…”

27 Oct 2026 • 11:20 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Idan Aedan Harap Penonton Tak Terlalu Cepat Mengkritik Filem ‘Kacau’ - “Saya Rasa Macam Terlampau Banyak…”

Pelakon Idan Aedan berharap penonton akan berasa seronok menonton filem lakonannya berjudul Kacau yang akan ditayangkan pada 12 November depan.  Bagaimanapun, Idan turut berharap agar penonton tidak terlalu cepat mengkritik sesebuah karya, sebaliknya memberikan ruang untuk menikmati jalan cerita dan melihat sesebuah filem dari sudut yang lebih positif. Menurut Idan, dia memahami setiap penonton mempunyai pandangan tersendiri terhadap filem yang ditonton, namun berharap kritikan yang diberikan tidak keterlaluan. “Saya harap semua orang akan enjoy menonton filem Kacau ini dan tidak terlampau menilai sesuatu filem itu.  “Sebab saya rasa macam terlampau banyak sangat orang yang tengok filem kemudian kritik walaupun mereka bukan pun pengkritik kan.  “Saya pun sendiri suka tengok filem dan ada saja kritik tapi kritik dalam diri sendiri jela dan kita tengoklah apa-apa kesilapan dia kan dan cuba lihat secara positif,” katanya kepada Gempak.  Dalam pada itu, Idan turut mengajak peminat filem seram untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan Kacau apabila ditayangkan tidak lama lagi. Dia juga berharap orang ramai dapat membantu mempromosikan filem berkenaan menerusi media sosial bagi memperluas jangkauan kepada penonton. “Untuk peminat cerita seram, ini sudah tentu filem yang anda kena tonton tidak lama lagi. Saya harap orang dapat sedikit sebanyak menyebarkanlah tentang filem Kacau ni di social media,” ujarnya. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved