Identiti penunggang motosikal rentung di LPT2 dikenalpasti

14 Aug 2026 • 9:57 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Identiti penunggang motosikal rentung di LPT2 dikenalpasti

Polis Dungun sahkan mangsa rentung selepas motosikal Zontes langgar lori di KM357 LPT2 ketika dalam perjalanan urusan kerja ke Kuala Lumpur.

DUNGUN: Penunggang motosikal yang rentung selepas kenderaan ditungganginya terbakar akibat merempuh sebuah lori di Kilometer 357, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuala Terengganu-Kuantan dekat Bukit Besi, di sini pagi tadi dikenal pasti sebagai seorang guru di Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu.

Ketua Polis Dungun Supt Nik Ab Halim Nik Mat berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Fahimi Yaacob berusia 41 tahun dari Kampung Jerong Surau, Marang.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur atas urusan kerja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu Bernama melaporkan seorang penunggang motosikal yang belum dikenal pasti identitinya rentung apabila kenderaan ditungganginya terbakar selepas melanggar sebuah lori.

Siasatan awal mendapati lori terbabit terbabas ke bahu jalan sebelum motosikal jenis Zontes datang dari arah belakang lalu melanggar lori tersebut.

Nik Ab Halim berkata pemandu lori Mohd Syaiful Rahim, 37, dari Pekan, Pahang tidak mengalami kecederaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved