Penunggang motosikal rentung langgar lori di LPT 2

14 Aug 2026 • 2:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penunggang motosikal rentung langgar lori di LPT 2

DUNGUN: Seorang penunggang motosikal rentung apabila kenderaan yang ditungganginya terbakar selepas merempuh sebuah lori di Kilometer 357, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuala Terengganu-Kuantan dekat Bukit Besi, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Dungun Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata kejadian berlaku pada 6.53 pagi, dan identiti mangsa belum dikenal pasti.

“Siasatan awal mendapati lori terbabit terbabas ke bahu jalan dan tiba-tiba datang motosikal jenis Zontes dari arah belakang lalu melanggar lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu lori Mohd Syaiful Rahim, 37, dari Pekan, Pahang tidak mengalami kecederaan.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

The post Penunggang motosikal rentung langgar lori di LPT 2 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved