“Imagine cuaca panas jerebu buat kat tempat open” – BASS Dipertikai Tak Buat Majlis Di Stadium, Ini Jawapan Rakan Syed Saddiq

26 Oct 2026 • 4:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft BASS 1

Rasanya kita sedia maklum bahawa kehangatan perkahwinan antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan penyanyi, Bella Astillah masih belum lagi berakhir. Semalam, pasangan ini melangsungkan kenduri khas untuk rakyat di Muar.

Namun begitu, baru-baru ini tular satu perkongsian di media sosial apabila seorang pengguna meluahkan rasa tidak puas hati berhubung pemilihan lokasi acara mereka di Muar yang diadakan di dalam dewan (Yong Sheng Hall Banquet Hall, Muar, Johor).

Artikel berkaitan : “Tak menghargai” – ‘Doorgift’ Majlis Resepsi BASS Dijual Harga RM350 Secara Atas Talian 

Artikel berkaitan : Tengah Khusyuk Tengok Wedding BASS Dalam Kereta, Individu Terkejut Ada ‘Seseorang’ Lalu Sebelah

Menerusi Threads, ada netizen berpendapat majlis berkenaan sepatutnya diadakan di tempat yang jauh lebih luas seperti stadium memandangkan pengaruh kedua-dua figura terbabit bukanlah biasa-biasa.

Tambahnya lagi, acara yang melibatkan kehadiran orang awam dan kanak-kanak tidak wajar dipenuhkan ke dalam dewa, individu itu juga menyifatkan tindakan penganjur sebagai tiada common sense.

Screenshot 2026 10 26 160306

Menyedari isu terbabit mula menjadi bualan hangat, seorang pencipta kandungan yang juga rakan kepada Syed Saddiq iaitu Adam Mohd Muhayeddin tampil memberikan penjelasan terperinci bagi menjernihkan keadaan.

Menurutnya, pemilihan untuk melakukan majlis di stadium sebenarnya bukanlah semudah yang disangka kerana proses mendapatkan kelulusan permit amat sukar.

Katanya, pihak pengannjur sebelum ini pernah mempertimbangkan kawasan padang terbuka, namun ia memerlukan kos logistik yang jauh lebih tinggi bagi tujuan pemasangan khemah serta sistem pendingin hawa.

BASS

Selain faktor kos, keadaan cuaca semasa yang panas melampau serta isu jerebu turut menjadi faktor utama mengapa ruang terbuka ditolak demi menjaga kesihatan pengunjung.

Screenshot 2026 10 26 160331

Adam turut menegaskan bahawa fasiliti di Muar sendiri agak terhad dan tidak banyak lokasi yang mampu menampung lebih daripada 5,000 orang pengunjung dalam satu-satu masa, oleh itu, Syed Saddiq dan team beliau sendiri membuat keputusan akhir untuk menggunakan dewan tersebut.

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved