![Image from: [VIDEO] Pak cik menang ‘selfie’ terbaik kenduri BASS](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-26-at-2.04.34-PM-1024x576.jpeg)
PETALING JAYA – Golongan muda nampaknya terpaksa mengalah apabila seorang pak cik dinobatkan netizen sebagai ‘juara’ swafoto pada majlis kenduri perkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi, Bella Astillah di Muar, Johor semalam.
Menerusi perkongsian di TikTok anaknya, @Penduduk Bumi, pak cik berkenaan berjaya merakam gambar swafoto bersama pengantin lelaki, Syed Saddiq yang mencuri perhatian netizen sehingga golongan muda turut mengakui kehebatannya.
Lebih mencuit hati, anaknya secara berseloroh menyifatkan golongan muda turut tewas apabila mereka sendiri tidak berpeluang mendapatkan swafoto seperti bapanya.
“Pemenang selfie (swafoto) jatuh dekat ayah, kita orang muda-mudi ini pun tak dapat selfie (swafoto) dekat,” kongsinya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan aksi pakcik berkenaan, malah ramai memuji kehebatannya.
“Ahahhaha power (hebat) la pak cik,” komen bielemoktar.
“Menyalaaaa pak usu ku,” kata Sul pula.
“Yes (ya) pak cik the winner (pemenangnya),” tulis Cotton Whispers.
Sementara itu, seorang pengguna turut berseloroh bahawa pengalaman orang lama menjadi kelebihan pak cik berkenaan.
“Betul lah orang cakap, orang tua banyak makan garam. Pak cik hebat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@farahrohan32 Pemenang selfie jatuh kat ayah… kiteorg yg muda Mudi ni pon tk dapat selpie dekat #wargamuar #teamBASS ♬ suara asli – Mba~IdaBilondatu
The post [VIDEO] Pak cik menang ‘selfie’ terbaik kenduri BASS appeared first on Kosmo Online.






