Imbasan Wajah Windows Hello Tidak Lagi Boleh Digunakan Dalam Keadaan Gelap

TechnologyDigital
18 Jun 2025 • 3:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teknologi log masuk Windows Hello ialah sebuah ciri yang cukup berguna khususnya untuk pemilik komputer riba kerana ia memudahkan proses untuk log masuk kedalam komputer menggunakan imbasan cap jari ataupun wajah sahaja.

Untuk menggunakan ciri ini, sebuah komputer memerlukan sebuah kamera web terbina dengan ciri imbasan IR yang membolehkan komputer menyimpan gambar wajah pemilik untuk mempercepatkan proses log masuk kedalam komputer.

Baru-baru ini ia telah dilaporkan bahawa Microsoft telah memperkenalkan sebuah kemaskini yang memperbaiki beberapa kerentanan yang ditemui melalui sistem log masuk Windows Hello.

image is not available

Walaupun ia tidak memberi sebarang kesan terhadap ciri imbasan cap jari, ia telah dilaporkan juga bahawa log masuk melalui imbasan wajah kini sedikit perlahan berbanding sebelum ini. Satu lagi isu lebih serius yang diperlihatkan ialah imbasan wajah tidak lagi berfungsi sekiranya komputer berada didalam bilik yang gelap.

Ini adalah kerana kemaskini kerentanan tersebut telah menyebabkan sistem tersebut untuk memaksa penggunaan kamera web pada komputer bersama-sama pengimbas IR untuk pengesahan imbasan muka, dan ini menyebabkan ciri Windows Hello tidak berfungsi begitu baik dalam keadaan gelap.

Walaupun begitu, ada juga diantara mereka yang mengatakan bahawa cahaya yang dipancarkan daripada paparan skrin komputer riba adalah cukup untuk menerangi wajah seseorang, tetapi ini mungkin memerlukan pengguna untuk menetapkan nilai kecerahan peranti pada tahap yang lebih cerah sebelum imbasan wajah Windows Hello boleh berfungsi seperti biasa.

Satu lagi cara yang dikatakan mungkin berfungsi ialah untuk menyahaktifkan fungsi kamera web dan menggunakan pengimbas IR sahaja. Terdapat laporan yang mengatakan ciri ini berfungsi, tetapi ia bermakna bahawa fungsi kamera web perlu dimatikan sepanjang operasi komputer riba untuk ia hanya menggunakan pengimbas IR sahaja.

Microsoft mengatakan bahawa “isu” ini adalah sesuatu yang mereka sedari, tetapi untuk keselamatan pengguna, ia adalah sebuah keputusan yang mereka rasakan berbaloi untuk diambil. Seperti yang dikatakan,

Windows Hello juga menyokong ciri log masuk menggunakan imbasan cap jari dan juga nombor pin. Jadi sekiranya anda selalu menggunakan komputer dalam keadaan gelap, dua fungsi log masuk yang lain masih boleh digunakan tanpa masalah.