Lenovo ThinkBook Modular AI PC Tawarkan Konfigurasi dan Aksesori Boleh Ditukar

TechnologyDigital
2 Mar 2026 • 12:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lenovo sedang memperlihatkan konsep komputer riba Lenovo ThinkBook Modular AI PC di MWC 2026. Fokusnya ialah reka bentuk yang menawarkan komputer riba dengan pelbagai aksesori tambahan yang boleh ditukar dan juga konfigurasi peranti yang boleh diubah mengikut keperluan pemilik.

image is not available

ThinkBook Modular AI PC dilengkapi dua skrin dengan salah satunya boleh ditanggalkan. Ia kemudiannya boleh diletakkan secara menegak atau mendaftar. Ia bersambung dengan bahagian utara komputer riba menggunakan plat logam. Turut boleh ditanggalkan ialah papan kekunci dengan pad sentuh terbina.

image is not available

Port I/O pada bahagian boleh ditukar misalnya menggantikan port HDMI dengan USB-C tambahan. Setiap aksesori disertakan dalam modul berbanding empat segi. Ini ialah konsep yang sama dengan Framework yang lebih awal menawarkan produk yang sama ke pasaran. Kerana ThinkBook Modular AI PC masih sekadar konsep, Lenovo tidak mempunyai perancangan menawarkannya kepada semua pengguna dalam masa terdekat.