Imigresen Henti Serta-merta Pasport Tempoh Sah Lebih 10 Tahun, Ini Sebabnya

12 Aug 2026 • 12:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

pasport lebih 10 tahun

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memutuskan untuk menghentikan pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, keputusan itu dibuat selepas beberapa pemegang pasport berdepan masalah ketika mahu melakukan perjalanan ke luar negara.

Menurut beliau, sebelum ini, Imigresen sudah merujuk perkara itu kepada International Civil Aviation Organization (ICAO) dan maklum balas yang diterima tidak menghalang pelaksanaan tempoh sah laku PMA melebihi 10 tahun.

Bagaimanapun, kekeliruan timbul apabila beberapa pemegang pasport melebihi 10 tahun menghadapi masalah semasa pendaftaran masuk dengan beberapa syarikat penerbangan di luar negara.

Antara kekeliruan yang berlaku adalah berkaitan syarat tambahan tempoh sah laku enam bulan yang ditafsirkan secara berbeza oleh sesetengah syarikat penerbangan.

Susulan isu yang timbul, JIM menetapkan:

  • Tempoh maksimum PMA ialah 10 tahun sahaja.
  • Pengeluaran PMA melebihi 10 tahun dihentikan serta-merta.
  • Pemegang PMA sedia ada sah lebih 10 tahun boleh menukar pasport secara percuma.
  • Pasport baharu akan mempunyai tempoh sah laku maksimum 10 tahun.
  • Pemegang pasport yang terlibat akan diberi keutamaan dalam urusan penggantian.
  • JIM juga akan memaklumkan semua syarikat penerbangan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ketika berada di luar negara.

photo 2026 08 12 11 08 40

photo 2026 08 12 11 08 40 2

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved