Imigresen Sabah tahan tujuh lelaki China salah guna pas pelancong 

12 Nov 2026 • 2:40 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Imigresen Sabah tahan tujuh lelaki China salah guna pas pelancong 

SEMPORNA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan tujuh lelaki warga China dalam operasi di sebuah tempat peranginan (resort) di sini Isnin lepas, setelah disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di situ.

Pengarahnya Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata sebanyak 14 individu diperiksa membabitkan sembilan warga China dan lima warga tempatan.

“Siasatan lanjut mendapati tempat peranginan berkenaan dibina di atas tanah sewa seluas 1.78 hektar dan tidak mempunyai permohonan pekerja asing. 

“Selain itu turut didapati tempat peranginan itu tidak memiliki lesen bagi pengendalian pelancongan serta tiada lesen daripada Majlis Daerah Semporna. Semua tahanan di bawah ke Pejabat Imigresen Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata JIM Sabah mengingatkan semua majikan supaya mematuhi prosedur pengambilan pekerja asing termasuk memastikan dokumen serta kelulusan sah dan berdaftar.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak melindungi pendatang tanpa izin dan JIM Sabah akan terus menggiatkan operasi penguatkuasaan membanteras pendatang haram,” katanya.

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan menerusi SISPAA https://spab.gov.my atau SPO Https://eapp.imi.gov.my.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved