Menyamar penguat kuasa, 11 warga Thailand ditahan

11 Nov 2026 • 12:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Menyamar penguat kuasa, 11 warga Thailand ditahan

MELAKA – Polis Melaka menahan 11 warga Thailand dalam serbuan di sebuah premis yang dipercayai beroperasi sebagai pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian, di Taman Kota Shahbandar di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, kesemua suspek terdiri daripada empat lelaki dan tujuh wanita berusia antara 18 hingga 36 tahun itu, ditahan dalam serbuan kira-kira 10.10 malam.

Beliau berkata, operasi itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

“Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan dipercayai mula beroperasi sejak awal Oktober lepas dan sindiket menggunakan modus operandi dengan menyamar sebagai agensi penguat kuasa undang-undang, yang menyasarkan mangsa dalam kalangan warga Thailand,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Halim berkata, siasatan awal turut mendapati, kesemua suspek dipercayai belum menerima sebarang bayaran gaji sepanjang tempoh penglibatan mereka dapat kegiatan itu.

Katanya, polis turut merampas 11 komputer riba, 11 telefon bimbit pelbagai jenama serta sebuah router Internet yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penipuan itu, yang dianggarkan bernilai RM20,000.

Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam, bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 420/120B Kanun Keseksaan. – Bernama

The post Menyamar penguat kuasa, 11 warga Thailand ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved