Industri kayu Sabah tarik ramai pelabur asing: Chan

LocalBusiness & Finance
19 Aug 2024 • 2:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Johan Aziz

KENINGAU: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin menyatakan kegembiraannya melihat Sabah terus menarik ramai pelabur asing dalam industri kayu, termasuk dari Jepun, Korea, China, dan Taiwan.

Beliau berkata, minat tinggi dari negara luar ini menunjukkan eputasi Sabah yang semakin berkembang sebagai hab untuk operasi perhutanan lestari dan menguntungkan.

“Kemampanan bekalan kayu kita adalah penting bukan sahaja untuk kejayaan berterusan industri kayu kita tetapi juga untuk pemeliharaan hutan semula jadi.

“Usaha syarikat seperti Jawala Plantation Industries Sdn. Bhd., Focus Lumber Berhad, dan Uni-Lumber Sdn. Bhd. adalah contoh yang baik dalam menunjukkan bagaimana amalan mampan boleh disepadukan ke dalam sektor perhutanan dan pembalakan kita.