Infraharta raih subkontrak RM17.4 juta bagi kerja-kerja pembersihan tapak di Hospital Tengku Ampuan Afzan 

LocalBusiness & Finance
8 May 2025 • 4:04 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Infraharta raih subkontrak RM17.4 juta bagi kerja-kerja pembersihan tapak di Hospital Tengku Ampuan Afzan

image is not available

08/05/2025 - 16:04

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 8 Mei — Infraharta Holdings Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM17.4 juta daripada Synergy Goldtree Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembersihan tapak, kerja tanah, dan pemasangan tiang pancang untuk blok wanita dan kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Kontrak tersebut bermula pada 6 Mei 2025 dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan, iaitu 4 Mei 2026.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu telah menerima surat anugerah daripada Synergy Goldtree Sdn Bhd pada Isnin.

Infraharta merupakan anak syarikat milik penuh IHB Group yang menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan, kejuruteraan, pembangunan hartanah, dan perkhidmatan pinjaman wang.

Syarikat itu kini berdepan tuntutan undang-undang oleh Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZC) yang melibatkan projek Jalan Utama dan Link Ketiga Pulau Pinang (PMRT).

CZC mendakwa pembayaran sebanyak RM13.12 juta yang dibuat kepada Infraharta diperoleh melalui penipuan dan menuntut supaya wang tersebut dipulangkan.- DagangNews.com

standard