“Ingat Akhyar Nak Melamar...” - Eyka Farhana

12 Nov 2026 • 10:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Ingat Akhyar Nak Melamar...” - Eyka Farhana

Pelakon, Eyka Farhana berkongsi momen menyaksikan persembahan dron istimewa daripada cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob terhadap usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV).Menerusi satu hantaran di Threads, Eyka mengakui terkejut melihat persembahan dron sewaktu menikmati makan malam.Malah, isteri kepada pemain bola sepak, Akhyar Rashid itu secara berseloroh menyangka lamaran berkenaan dilakukan oleh suaminya sekali lagi."Saya saksi juga semalam."Terkejut kita tengah dinner nampak macam ni, ingat Akhyar nak melamar lagi sekali," tulisnya.Terdahulu, Cef Selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mencuri tumpuan selepas melamar usahawan sensasi, Datuk Seri Vida di 11.11 Mega Stock Live Concert.Momen istimewa itu sekali gus menjawab pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.Bagi melengkapkan lamaran tersebut, Fazley memilih sebentuk cincin bernilai RM7,000 hasil ciptaan Habib Jewel yang direka khas menyerupai tiara, diinspirasikan daripada kegemaran DSV memakai mahkota atau crown.Rekaan itu merupakan satu-satunya yang dihasilkan khusus untuk DSV, sekali gus menjadikannya simbolik kepada keistimewaan wanita tersebut di mata Fazley.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved