“Ingat interview” – Ernie Zakri Buat ‘Cameo’ Dalam Drama Indonesia Buat Netizen Teruja

Entertainment
3 Dec 2024 • 11:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, sebagai rakyat Malaysia, kita mesti bangga apabila ada artis tempatan yang menempa nama di luar negara.

Itulah yang terjadi baru-baru ini kepada penyanyi terkenal tempatan Ernie Zakri yang berjaya merangkul anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di SCTV Awards 2024 di Indonesia dengan lagunya Masing-Masing.

Terbaru, tular pula video pelantun lagu Ku Bersuara itu buat kemunculan dalam drama Indonesia sebagai cameo.

Difahamkan, drama tersebut merupakan drama bersiri berjudul Luka Cinta dan dibintangi oleh Dinda Kirana, Jerome Kurnia, dan Billy Davidson.

Dalam babak itu, Ernie dilihat menjadi dirinya sendiri yang bertemu dengan peminatnya serta memberikan pesanan kepada mereka tentang perhubungan.

“Ingatkan interview”

Ruangan komen video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @sgvszy itu dipenuhi dengan komen dari peminat Ernie dari Malaysia.

Rata-rata mulanya tidak menyangka bahawa ianya sebuah babak dari drama dan bukanlah temu ramah.

image is not available

Comel betul Ernie ye, siap cakap Bahasa Indonesia lagi!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.