“Ingat pam bapak mung?” – Lelaki Khayal Acu P*sau Ke ‘Rider’ Dicekup Polis

10 Aug 2026 • 11:02 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 08 10T105536.021

Seorang penghantar makanan (P-hailing) berdepan detik cemas apabila diacu sebilah pisau pemotong daging oleh seorang lelaki ketika sedang mengisi minyak motosikalnya di sebuah stesen minyak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 26 tahun secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal jenis Honda Wave lalu berhenti di belakangnya.

Artikel berkaitan: 4 Terkorban Termasuk Suspek Insiden Serangan Pisau Di Taipei

Artikel berkaitan: Pelajar Berang Dibuli, Sering Dibaling Ais Jadi Punca Kejar Rakan Dengan P*sau

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, suspek pada mulanya menjerit tanpa sebarang punca, namun tidak dihiraukan oleh mangsa.

Menurut beliau, suspek berusia 55 tahun itu kemudian bertindak melepaskan kemarahan dan memaki mangsa sebelum mengambil senjata berkenaan.

“Selepas itu, suspek memarahi dengan berkata ‘ni sekor lagi lambat, mu ingat ni pam bapak mung ko’, (ni seorang lagi lambat, awak ingat pam ini bapa awak punya ke?) kemudian suspek mengambil sebilah pisau pemotong daging yang berada di dalam bakul motosikalnya lalu mengacukan ke arah mangsa,” katanya.

Terkejut dan bimbang keselamatan dirinya, mangsa terus bertindak melarikan diri dari tempat kejadian untuk menyelamatkan diri. Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menerusi laporan Harian Metro, Azli memberitahu suspek sememangnya dikenali oleh pekerja stesen minyak berkenaan dengan panggilan ‘Zawawi’ kerana kerap datang mengisi minyak di situ. Bagaimanapun, punca sebenar lelaki itu bertindak agresif masih belum diketahui.

Ekoran insiden tersebut, pihak polis bertindak pantas menahan suspek serta merampas beberapa barang kes bagi membantu siasatan.

“Berikutan kejadian itu, polis merampas sehelai t-shirt, seluar panjang, sebuah motosikal jenis Honda Wave 110, sebilah pisau pemotong daging dan satu anak kunci.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan pihaknya akan mendapatkan permohonan reman ke atas suspek di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selama empat hari bermula pada 10 hingga 13 Ogos depan bagi membantu siasatan,” jelas beliau.

Hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Polis juga mengesahkan suspek mempunyai 15 rekod kesalahan lampau melibatkan pelbagai jenayah serta dadah, selain merupakan individu yang dikehendaki polis sebelum ini.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved