Lelaki 55 tahun ‘mengamuk’ di stesen minyak positif pil kuda

10 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki 55 tahun ‘mengamuk’ di stesen minyak positif pil kuda

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki berusia 55 tahun yang positif dadah jenis methamphetamine ditahan bagi membantu siasatan dakwaan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di Jalan Pasir Panjang, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, suspek dikatakan mengacukan sebilah pisau pemotong daging kepada penghantar makanan terbabit dipercayai kerana berebut untuk mengepam petrol di stesen minyak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sebelum kejadian, suspek dikatakan memberhentikan motosikalnya jenis Honda Wave di belakang mangsa untuk menunggu giliran mengisi minyak.

“Suspek dikatakan tiba-tiba menjerit terhadap penghantar makanan lelaki itu sebelum naik berang apabila ia tidak diendahkan mangsa.

“Dia kemudiannya mengambil sebilah pisau pemotong daging lalu diacu kepada mangsa sambil mengeluarkan kata-kata ‘ni sekor lagi lambat, mu ingat ni pam bapak mung ko’. (ini seorang lagi lambat, kau ingat pam (minyak) ini bapa kau punya ke),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu tular klip video berdurasi 24 saat memaparkan lelaki berusia 55 tahun terbabit mengacu pisau kepada penghantar makanan terbabit di media sosial.

Azli berkata, penghantar makanan itu yang ketakutan telah bertindak melarikan diri untuk mengelak daripada dicederakan suspek.

Beliau berkata, suspek kemudiannya telah ditahan dan siasatan awal mendapati dia yang memiliki 15 rekod jenayah lampau merupakan antara pelanggan tetap di stesen minyak terbabit. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki 55 tahun ‘mengamuk’ di stesen minyak positif pil kuda appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved