Ini Adalah Harga Nak Tengok F1 di Sepang!

13 Aug 2026 • 3:30 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Ini Adalah Harga Nak Tengok F1 di Sepang!

Peminat Formula 1 di Malaysia mungkin berpeluang menonton aksi F1 di Litar Antarabangsa Sepang dengan harga serendah RM200

Harga tersebut adalah untuk tiket G Hillstand, yang dikhaskan kepada pemegang MyKad dan menawarkan akses selama tiga hari.

1. G Hillstand – RM200

Image from: Ini Adalah Harga Nak Tengok F1 di Sepang!

Dengan harga RM200, pemegang MyKad boleh menyaksikan perlumbaan dari kawasan G Hillstand yang terletak menghadap Turn 4, 5 dan 6

Ia menjadi antara pilihan paling murah untuk menonton F1 secara langsung di Sepang. Bagi kategori lain, harga yang tersebar adalah lebih tinggi. 

2. B&C Hillstand – RM809.60 

Image from: Ini Adalah Harga Nak Tengok F1 di Sepang!

B&C Hillstand menawarkan tempat duduk dengan pemandangan aksi perlumbaan dari kawasan berbukit di litar. 

Harga sekitar RM809.60 itu adalah untuk pas tiga hari, termasuk cukai, menjadikannya pilihan pertengahan bagi peminat yang mahukan pengalaman menonton F1 secara langsung. 

3. F Grandstand – RM1,291.40

Image from: Ini Adalah Harga Nak Tengok F1 di Sepang!

Bagi peminat yang mahukan pengalaman lebih dekat dengan aksi perlumbaan, terdapat beberapa pilihan grandstand. F Grandstand dilaporkan berharga RM1,291.40 dengan pandangan sekitar Turn 7 dan 8, Turn 15 serta kawasan Main Grandstand.

4. K1 Grandstand – RM1,386

Image from: Ini Adalah Harga Nak Tengok F1 di Sepang!

K1 Grandstand terletak di kawasan Turn 1 dan 2. Lokasi ini memberikan pandangan menarik ketika permulaan perlumbaan dan aksi memotong.

5. Main Grandstand – RM2,083.40

Image from: Ini Adalah Harga Nak Tengok F1 di Sepang!

Main Grandstand merupakan antara pilihan paling premium untuk menonton F1 di Sepang. 

Lokasinya membolehkan penonton melihat aksi di kawasan utama litar, termasuk garisan penamat, pit lane dan permulaan perlumbaan

Harga Pelawat Asing Lebih Mahal

Bagi pelawat asing, harga yang tersebar dilaporkan lebih tinggi, iaitu antara RM895 hingga RM2,314. G Hillstand pula dikhaskan untuk pemegang MyKad.

Namun, ada satu perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Harga Masih Belum Rasmi

Harga-harga tersebut belum boleh dianggap sebagai harga rasmi sepenuhnya. Halaman tiket yang memaparkan harga berkenaan telah diturunkan dan jualan tiket juga belum dibuka ketika laporan diterbitkan.

Jadi, peminat dinasihatkan supaya berhati-hati dan jangan terus membuat bayaran kepada mana-mana reseller yang mendakwa tiket sudah disahkan. Tunggu pengumuman rasmi dan saluran jualan yang sah sebelum membeli tiket.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved