Peminat Formula 1 (F1) di Malaysia nampaknya sudah mula berkira-kira untuk kembali merasai kemeriahan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila harga tiket bagi perlumbaan Oktober ini dilaporkan bermula serendah RM200.
Bagaimanapun, jangan terlalu teruja dahulu kerana halaman yang memaparkan senarai harga tiket berkenaan di laman web Bahrain GP dilaporkan sudah diturunkan dan tidak lagi boleh diakses ketika ini.
AdvertisementView this post on Instagram
Difahamkan, senarai harga tersebut sempat diterbitkan di laman berkenaan sebelum ia tidak lagi tersedia. Oleh itu, harga yang tersebar ketika ini belum boleh dianggap sebagai pengesahan muktamad sehingga terdapat pengumuman rasmi lanjut.
Harga dikatakan bermula RM200 untuk tiga hari
Berdasarkan maklumat yang sempat diterbitkan, harga istimewa berkenaan ditawarkan kepada pemegang MyKad Malaysia dan merangkumi keseluruhan hujung minggu perlumbaan selama tiga hari.
Antara kadar yang dipaparkan ialah:
1. G Hillstand – RM200
2. B Hillstand – RM809.60
3. C Hillstand – RM809.60
4. F Grandstand – RM1,291.40
5. K1 Grandstand – RM1,386
6. Main Grandstand – RM2,083.40
Turut dinyatakan, kanak-kanak berusia antara tiga hingga enam tahun diberikan potongan harga sebanyak 25 peratus, kecuali bagi tiket G Hillstand.
Kanak-kanak berusia bawah tiga tahun pula dikatakan boleh masuk secara percuma, namun tidak akan diberikan tempat duduk khusus.
Bagi tiket dengan kadar istimewa rakyat Malaysia, pengesahan MyKad diperlukan dan tiket diskaun boleh dibatalkan sekiranya pembeli didapati tidak memenuhi syarat kelayakan.
F1 kembali ke Sepang 2 hingga 4 Oktober
Apa yang sudah disahkan secara rasmi ialah Litar Antarabangsa Sepang bakal menjadi tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 dari 2 hingga 4 Oktober 2026. (Formula 1® – The Official F1® Website)
Formula 1 sebelum ini turut memaklumkan bahawa maklumat mengenai penjualan tiket akan diumumkan kemudian. Setakat semakan terkini, laman tiket rasmi F1 sudah menyenaraikan perlumbaan di Sepang pada tarikh berkenaan, namun tidak memaparkan harga permulaan seperti beberapa perlumbaan lain dalam kalendar.
Jadi, harga RM200 untuk tiga hari memang cukup menarik perhatian, tetapi peminat dinasihatkan menunggu pengesahan rasmi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perancangan pembelian.
Kalau betul RM200 untuk tiga hari tengok F1 di Sepang, memang ramai dah standby nak ‘checkout’ ni!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pemilik Rocky Sudah Bersuara, Kini Giliran Pihak Shah Tampil Dalam Sidang Media #Justice4Shah
The post Tiket F1 Sepang Serendah RM200? Harga Sempat Dipaparkan Sebelum ‘Hilang’ Dari Laman Bahrain GP first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






