
Berita yang dinanti-nantikan peminat sukan permotoran tanah air akhirnya tiba apabila tiket bagi Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 kini mula dijual.
Perlumbaan tersebut bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober depan, sekali gus menyaksikan Formula 1 kembali beraksi di Malaysia selepas kali terakhir berlangsung di sini pada 2017.
Untuk edisi kali ini, Malaysia menjadi tuan rumah bagi Bahrain Grand Prix, yang sebelum ini tidak dapat berlangsung di Bahrain seperti dijadualkan.
Harga Tiket Khas F1 Buat Pemegang MyKad
Lebih menarik, peminat tempatan yang memiliki MyKad boleh mendapatkan tiket tiga hari dengan harga istimewa serendah RM200.
Menurut Bahrain International Circuit, pemegang MyKad ditawarkan enam kategori tiket pada kadar istimewa dalam Ringgit Malaysia (RM).
Tiket yang ditawarkan merupakan pas tiga hari, membolehkan peminat mengikuti aksi sepanjang hujung minggu perlumbaan.
Berikut merupakan harga tiket untuk pemegang MyKad:
Main Grandstand (MGS) – RM2,083.40
K1 Grandstand – RM1,386.00
F Grandstand – RM1,291.40
B Hillstand – RM809.60
C Hillstand – RM809.60
G Hillstand – RM200.00
Bagi peminat antarabangsa pula, harga tiket ditawarkan dalam Dolar Amerika Syarikat (USD):
Main Grandstand (MGS) – USD566.05
K1 Grandstand – USD350.13
F Grandstand – USD376.39
B Hillstand – USD218.90
C Hillstand – USD218.90
Bagaimanapun, transaksi bagi tiket antarabangsa akan diproses dalam Dinar Bahrain berdasarkan kadar pertukaran semasa ketika pembelian dilakukan. Semua harga yang disenaraikan turut termasuk cukai.
Kanak-Kanak Turut Dapat Diskaun
Bukan itu sahaja, kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun turut layak menikmati diskaun sebanyak 25 peratus, kecuali bagi tiket G Hillstand.
Sementara itu, kanak-kanak berusia bawah tiga tahun boleh memasuki venue secara percuma, namun mereka tidak akan diberikan tempat duduk berasingan.
Baca juga:Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026 di Litar Antarabangsa Sepang.
Bagi peminat yang sudah lama menantikan bunyi deruman jentera F1 kembali bergema di Sepang, inilah peluang untuk menyaksikan sendiri aksi perlumbaan berprestij dunia itu.
Tiket boleh didapatkan menerusi platform tiket rasmi Bahrain International Circuit






