"Ini Hanyalah Permulaan," Azizulhasni Awang Kini Di Ranking Keenam Dunia

21 Oct 2026 • 10:35 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Ini Hanyalah Permulaan," Azizulhasni Awang Kini Di Ranking Keenam Dunia

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus membanggakan Malaysia apabila kini menduduki tangga keenam dunia bagi acara pecut elit lelaki (Men Elite Sprint) dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Menerusi senarai ranking bertarikh 20 Oktober 2026 yang dikongsikan sendiri di platform X, Azizulhasni berjaya melonjak sembilan anak tangga untuk berada di kedudukan keenam dengan kutipan 3,970 mata.

Azizulhasni Awang keenam dunia

Image from: "Ini Hanyalah Permulaan," Azizulhasni Awang Kini Di Ranking Keenam Dunia
Image from: "Ini Hanyalah Permulaan," Azizulhasni Awang Kini Di Ranking Keenam Dunia

Kedudukan itu menyaksikan beliau hanya satu tangga di belakang pelumba China, Li Zhiwei, yang menduduki tempat kelima dengan 4,201 mata.

Baca juga:

"Alhamdulillah, ranking keenam terbaik dunia dan ini hanyalah permulaan, insya-Allah," katanya menerusi perkongsian tersebut.

Sementara itu, pelumba dari Belanda, Harrie Lavreysen mengungguli ranking dunia bagi acara tersebut dengan kutipan 5,180 mata, diikuti pelumba Trinidad dan Tobago, Nicholas Paul di tempat kedua dengan 4,931 mata.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved