Rasmi: Azizulhasni Awang naik ranking!

21 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Rasmi: Azizulhasni Awang naik ranking!

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, terus melakar pencapaian sensasi apabila sah menaiki ranking berada di kedudukan keenam dunia menerusi carta oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Sebelum ini, The Pocket Rocketman pernah menyatakan hasrat untuk melepasi sekurang-kurangnya kelompok lapan terbaik dunia untuk meraih slot secara merit untuk layak ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

Pelumba berusia 38 tahun itu baru-baru ini terlepas mencipta pencapaian besar selepas tewas pada peringkat kalah mati acara pecut dan tersingkir pada peringkat lapan terbaik acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026 di Shanghai, China.

Tahun ini menyaksikan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menghasilkan kebangkitan luar biasa dengan menggondol tiga kejuaraan selepas keluar daripada persaraan untuk terus mewakili Malaysia.

Dengan permulaan menarik menyambar emas acara keirin Siri Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Perth, Australia diteruskan kejayaan di tempat sendiri Piala Dunia Trek UCI di Nilai memberi petanda Azizulhasni belum berputus asa untuk membela maruah negara.

Dan, dua kemenangan Sukan Komanwel Glasgow 2026 dan Sukan Asia Aichi-Nagoya jelas membuktikan dia masih lagi sandaran terbaik negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved