Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4700! Berita ini pasti ditunggu-tunggu ramai peminat Axia atau mereka yang bercadang untuk membeli kereta baru terutamanya kereta pertama.
Sememangnya Axia merupakan antara pilihan paling popular bagi kereta yang bersaiz tidak terlalu besar namun lengkap dengan ciri-ciri yang menarik.
Kereta ini sesuai kegunaan mahasiswa, golongan bujang mahupun keluarga kecil.
Bagi yang mempunyai bajet yang rendah, anda boleh pertimbangkan untuk memiliki Perodua Axia memandangkan harga Axia sekarang ni tengah diskaun kaw-kaw!
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang model terkini Perodua Axia serba baharu dan cara membuat tempahan.
Perodua Axia Turun Harga Sehingga RM4700!
Perodua telah mengumumkan penurunan harga rasmi bagi model Axia berkuat kuasa 3 Ogos 2026 dengan pengurangan sehingga RM4,700.
Menurut kenyataan rasmi daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, penurunan harga sehingga RM4,700 ini berjaya dilakukan hasil daripada peningkatan kecekapan operasi kilang, penambahbaikan proses, serta kerjasama erat bersama vendor pembekal tempatan.
Berita baiknya lagi, spesifikasi, ciri keselamatan, dan kualiti standard kereta adalah kekal sama tanpa sebarang pengurangan pun.
Axia yang turun harga ni, auto bukan manual.
Senarai Harga Terkini Perodua Axia 2026
Ni senarai harga terkini PERODUA AXIA BERKUATKUASA 3 OGOS 2026.
Semenanjung Malaysia
| Model | Original Price | New Price | Price Reduction |
|---|---|---|---|
| Axia 1.0G | RM 38,600 | RM 33,900 | RM 4,700 |
| Axia 1.0X | RM 40,000 | RM 38,500 | RM 1,500 |
| Axia 1.0SE | RM 44,000 | RM 43,000 | RM 1,000 |
| Axia 1.0AV | RM 49,500 | RM 49,000 | RM 500 |
Sabah,Sarawak,Wilayah Persekutuan Labuan
| Model | Original Price | New Price | Price Reduction |
|---|---|---|---|
| Axia 1.0G | RM 40,600 | RM 35,900 | RM 4,700 |
| Axia 1.0X | RM 42,000 | RM 40,500 | RM 1,500 |
| Axia 1.0SE | RM 46,000 | RM 45,000 | RM 1,000 |
| Axia 1.0AV | RM 51,500 | RM 51,000 | RM 500 |
NOTA: Harga diatas tidak termasuk kos insurans.

Selain harga jualan kereta yang menjadi lebih murah, Perodua juga mengumumkan komitmen mereka dalam mengurangkan kos servis berkala bagi membantu meringankan lagi beban sara hidup pengguna.




Perbezaan Varian Perodua Axia
- Axia G
- Axia X
- Axia SE
- Axia AV
Satu lagi, Axia Rahmah atau Axia E (Tiada diskaun terkini).
1. Perodua Axia 1.0E (Manual)
- Harga Semenanjung: RM22,000 (Tiada perubahan)
- Harga Sabah, Sarawak, Labuan: RM22,000 (Tiada perubahan)
- Ciri-Ciri:
- Hanya pilihan transmisi Manual tersedia bagi varian ini.
- Varian dengan spesifikasi paling asas dan turut dikenali sebagai Axia Rahmah.
- Tiada aksesori audio (tanpa pemain radio/speaker).
- Cermin sisi dilaras secara manual sepenuhnya.
2. Perodua Axia 1.0G (Auto / D-CVT)
- Harga Semenanjung: RM33,900 (Turun RM4,700 daripada RM38,600)
- HargaSabah, Sarawak, Labuan: RM35,900 (Turun RM4,700 daripada RM40,600)
- Ciri-Ciri:
- Dilengkapi 2 beg udara.
- Hanya mempunyai 2 speaker pada bahagian hadapan sahaja.
- Audio Standard dengan fungsi sambungan Bluetooth dan MP3.
- Cermin sisi jenis automatik (laras cermin) dan manual (lipat cermin).
3. Perodua Axia 1.0X (Auto / D-CVT)
- Harga Semenanjung: RM38,500 (Turun RM1,500 daripada RM40,000)
- Harga Sabah, Sarawak, Labuan:: RM40,500 (Turun RM1,500 daripada RM42,000)
- Ciri-Ciri:
- Dilengkapi 2 beg udara.
- Mempunyai sistem Smart Entry serta Butang Push Start/Stop.
- Dilengkapi sensor parkir hadapan (Front Corner Sensors).
- Lampu utama (Headlamp) boleh dilaras secara manual.
- Mempunyai 4 speaker secara keseluruhan (2 speaker hadapan dan 2 speaker sisi).
- Audio Standard dengan Bluetooth dan MP3.
- Cermin sisi jenis automatik (laras cermin) dan manual (lipat cermin).
4. Perodua Axia 1.0SE (Auto / D-CVT)
- Harga Semenanjung: RM43,000 (Turun RM1,000 daripada RM44,000)
- Harga Sabah, Sarawak, Labuan: RM45,000 (Turun RM1,000 daripada RM46,000)
- Ciri-Ciri:
- Dilengkapi 2 beg udara.
- Lengkap dengan sistem penjimatan minyak ECO-Idle.
- Mempunyai sistem Smart Entry serta Butang Push Start/Stop.
- Dilengkapi Lampu Siang (Daytime Running Lights / DRL).
- Cermin sisi jenis automatik sepenuhnya dilengkapi dengan lampu isyarat LED.
- Sistem pembantu parkir (Parking assist) disediakan tanpa Kamera Undur (Reverse Camera).
- Audio Standard dengan sokongan Bluetooth dan MP3.
5. Perodua Axia 1.0AV (Auto / D-CVT)
- Harga Semenanjung: RM49,000 (Turun RM500 daripada RM49,500)
- Harga Sabah, Sarawak, Labuan: RM51,000 (Turun RM500 daripada RM51,500)
- Ciri-Ciri:
- Dilengkapi 6 beg udara untuk keselamatan pasif maksimum.
- Lengkap dengan sistem ECO-Idle, Smart Entry, serta Butang Push Start/Stop.
- Dilengkapi Lampu Siang (Daytime Running Lights / DRL).
- Cermin sisi jenis automatik sepenuhnya dilengkapi dengan lampu isyarat LED.
- Sistem hiburan menggunakan 9” Skrin Audio dengan kemudahan USB, HDMI, ‘Smart Link’, dan Bluetooth.
- Satu-satunya varian yang dilengkapi Kamera Undur (Reverse Camera).
- Satu-satunya varian yang dilengkapi dengan teknologi keselamatan pintar Advanced Safety Assist (ASA):
- Lane Departure Warning (LDW)
- Lane Departure Prevention (LDP)
- Blind Spot Monitor (BSM)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Auto High Beam (AHB)
Cara Buat Tempahan Axia Secara Online
- Pergi ke laman web https://www.perodua.com.my/online-booking.html
- Isikan maklumat pada borang yang disediakan. Anda juga boleh pilih warna kereta dan aksesori tambahan.
- Harga keseluruhan tanpa Insurans akan dipaparkan.
- Buat pembayaran tempahan secara online sebanyak RM 100. Anda akan menerima resit melalui emel.
- Muat turun aplikasi UFirst daripada Perodua untuk semak tempahan.
Maklumat lengkap tentang perincian model bagi setiap varian boleh dirujuk pada laman web rasmi Perodua melalui pautan : https://www.perodua.com.my/
Baca juga:
- Harga Perodua Bezza Baru (Facelift) Bermula Dari RM34,580
- Harga Proton Saga Baru (Model Auto & Manual)
Secara keseluruhannya, perbezaan ketara antara setiap varian adalah terletak pada spesifikasi ciri keselamatan serta penambahan aksesori-aksesori yang dirasakan perlu.
Kesemua varian Axia turut tergolong dalam Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), jadi penggunaan bahan api pastinya tidak akan membebankan pemilik.
Maklumat Lanjut & Cara Tempahan
Sehingga kini, Perodua Axia merupakan antara model kereta yang paling dicari oleh golongan belia di Malaysia.
Lebih mudah, semua orang boleh beli kereta perodua Axia idaman rakyat Malaysia secara atas talian sahaja.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan Perodua Axia, sila ke pautan laman web rasmi Perodua seperti di bawah :
- Laman web Perodua Malaysia : https://www.perodua.com.my/
- Tempahan untuk temujanji pandu uji (test-drive) : https://www.perodua.com.my/test-drive
- Tempahan : https://www.perodua.com.my/online-booking.html
- Hotline : 1-800-88-6600
Soalan Lazim Harga Axia 2026
Adakah penurunan harga ini melibatkan model baharu (facelift)?Tidak. Penurunan harga ini melibatkan model Perodua Axia generasi kedua (kod model D74A) sedia ada yang dilancarkan sejak tahun 2023.
Mengapakah Perodua menurunkan harga kereta Axia?Pihak Perodua berjaya mengurangkan harga jualan hasil daripada peningkatan kecekapan operasi kilang dan penambahbaikan proses pengeluaran. Keuntungan daripada penjimatan kos dalaman ini dipulangkan semula kepada pengguna bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Adakah spesifikasi atau ciri keselamatan Axia dikurangkan?Tidak sama sekali. Spesifikasi teknikal, pilihan warna, kualiti binaan, dan ciri keselamatan (termasuk sistem ASA 3.0 pada varian AV) adalah kekal sama seperti pasaran sebelum ini tanpa sebarang pengurangan.
Varian Axia 1.0G (Auto) menerima pengurangan harga paling tinggi iaitu sebanyak RM4,700 untuk kedua-dua pasaran Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.
Mengapakah harga varian Axia 1.0E (Manual) tidak turun?Varian Axia 1.0E Manual (atau dikenali sebagai Axia Rahmah) dikekalkan pada harganya. Harganya tidak diturunkan lagi kerana varian ini sememangnya sudah diletakkan pada margin harga paling rendah dan paling mampu milik dalam pasaran Malaysia.
Adakah harga baharu ini sudah termasuk kos insurans kenderaan?Tidak. Semua harga yang diumumka adalah harga atas jalan (OTR) tidak termasuk kos insurans.






