PERODUA turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini lebih mampu milik

LocalCars
3 Aug 2026 • 4:32 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Perodua Axia diumumkan penurunan harga sehingga RM4,700.

Pembeli Perodua Axia kini menikmati harga lebih rendah selepas syarikat automotif tempatan itu mengumumkan pelarasan harga bagi model berkenaan sehingga RM4,700, susulan peningkatan kecekapan operasi.

Memetik laporan Berita Harian, penurunan harga itu membabitkan semua varian Axia dan berkuat kuasa serta-merta sebagai usaha Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) berkongsi manfaat hasil penjimatan operasi bersama pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat mengurangkan tekanan kos rakyat Malaysia menerusi peningkatan kecekapan operasi.

Di Semenanjung Malaysia, harga Axia 1.0G dikurangkan sebanyak RM4,700 kepada RM33,900 berbanding RM38,600 sebelum ini. Axia 1.0X pula turun RM1,500 kepada RM38,500, manakala Axia 1.0SE dan Axia 1.0AV masing-masing dikurangkan RM1,000 serta RM500.

Bagi Sabah dan Sarawak, Axia 1.0G kini ditawarkan pada harga RM35,900, Axia 1.0X RM40,500, Axia 1.0SE RM45,000 dan Axia 1.0AV RM51,000. Semua harga tersebut tidak termasuk kos insurans.

Baca juga:

PERODUA menegaskan spesifikasi dan standard kualiti Axia kekal tidak berubah, dengan penjimatan yang diperoleh hasil daripada penambahbaikan proses serta peningkatan kecekapan operasi syarikat.

Zainal Abidin turut menghargai kerjasama pembekal dan pengedar dalam membantu meningkatkan kecekapan kos, yang memberi manfaat kepada industri automotif serta pengguna. Menurut PERODUA, langkah itu mengukuhkan komitmen memastikan Axia terus mampu dimiliki lebih ramai rakyat Malaysia.

The post PERODUA turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini lebih mampu milik appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved