Video Edits Kini Boleh Dikongsi Terus Ke Stories Instagram

TechnologyDigital
3 Aug 2026 • 3:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Video Edits Kini Boleh Dikongsi Terus Ke Stories Instagram

Aplikasi Edits menerima kemas kini baharu yang menjadikannya lebih praktikal dan mesra pengguna sebagai platform suntingan video.

Image from: Video Edits Kini Boleh Dikongsi Terus Ke Stories Instagram

Melalui ciri Share to Stories (iOS), pengguna kini boleh mengeksport projek suntingan terus ke Instagram Stories. Proses perkongsian menjadi lebih pantas dan mudah dengan kualiti main balik yang dipertingkatkan. Ini merupakan ciri tambahan yang menarik kerana sebelum ini pengguna perlu mengeksport video ke galeri terlebih dahulu kemudian membuka Instagram untuk memuat naik secara manual.

Image from: Video Edits Kini Boleh Dikongsi Terus Ke Stories Instagram

Selain itu, kemas kini alat audio (Audio Tools) menghimpunkan fungsi seperti suara latar, kekuatan bunyi dan surut bunyi (fade) dalam satu pusat kawalan. Hal ini memudahkan pengurusan serta suntingan audio agar lebih efisien. Fungsi Adjustment Layer for Effect pula membolehkan pengguna menambah satu lapisan kesan untuk menghasilkan imej yang seragam pada keseluruhan garis masa. Dengan cara ini setiap klip akan menerima sentuhan yang sama.

Di samping itu, ciri Filter Audio Searches menjadikan proses pencarian runut bunyi lebih pantas kerana pengguna boleh menapis berdasarkan suasana seperti santai. Hasilnya, runut yang sesuai dapat ditemui dengan lebih mudah. Pastikan aplikasi anda sentiasa dikemaskini agar semua ciri baharu ini dapat digunakan dengan lancar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved