Nak Beli Axia? Sekarang adalah masa terbaik!

LocalCars
3 Aug 2026 • 3:37 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Perodua mengumumkan pengurangan harga bagi model Axia iaitu kenderaan kompak paling mampu milik di negara ini yang turut menjadi antara pilihan utama rakyat untuk kegunaan harian, dengan potongan harga sehingga RM4,700, berkuat kuasa serta-merta.

Pengurangan harga tersebut dibuat susulan peningkatan berterusan dalam kecekapan operasi syarikat, di samping mencerminkan komitmen Perodua untuk membantu meringankan beban pelanggan dalam menghadapi persekitaran ekonomi yang semakin mencabar.

Image from: Nak Beli Axia? Sekarang adalah masa terbaik!

Semenanjung Malaysia
No Model Harga Asal Harga Baharu Pengurangan Harga
1 Axia 1.0G RM 38,600 RM 33,900 RM 4,700
2 Axia 1.0X RM 40,000 RM 38,500 RM 1,500
3 Axia 1.0SE RM 44,000 RM 43,000 RM 1,000
4 Axia 1.0AV RM 49,500 RM 49,000 RM 500


Sabah & Sarawak
No Model Harga Asal Harga Baharu Pengurangan Harga
1 Axia 1.0G RM 40,600 RM 35,900 RM 4,700
2 Axia 1.0X RM 42,000 RM 40,500 RM 1,500
3 Axia 1.0SE RM 46,000 RM 45,000 RM 1,000
4 Axia 1.0AV RM 51,500 RM 51,000 RM 500


“Harga baharu ini adalah antara usaha berterusan kami untuk mengurangkan tekanan
kos yang dihadapi rakyat Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua
Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

“Langkah ini juga mencerminkan usaha kami untuk terus menambah baik kecekapan
operasi, yang mana sebelum ini telah terbukti menerusi pengurangan kos servis dan
pengurangan harga QV-E dan pakej Battery as a Service (BaaS) yang ditawarkan,”
tambahnya.

Kesemua spesifikasi dan standard kualiti Perodua Axia kekal tidak berubah dan
penjimatan yang diperoleh adalah sepenuhnya daripada penambahbaikan proses dan
kecekapan operasi.

Sebagai kereta paling mampu milik di Malaysia, Perodua Axia telah terbukti menjadi pilihan rakyat sebagai kenderaan yang praktikal, boleh dipercayai dan memenuhi keperluan mobiliti harian. Pelarasan harga yang diperkenalkan ini sekali lagi mencerminkan komitmen Perodua untuk memastikan model tersebut kekal mampu dimiliki serta dapat diakses oleh lebih ramai pelanggan di seluruh negara.

Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran Perodua berhampiran atau menghubungi penasihat jualan Perodua bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai harga baharu serta pakej yang ditawarkan.

Teruskan Bersama Four Wheels..!

The post Nak Beli Axia? Sekarang adalah masa terbaik! appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved