“Ini keputusan Netanyanhu, bukan saya” – Donald Trump Nafi Terlibat Dalam Serangan Di Qatar

Entertainment
10 Sep 2025 • 10:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, heboh apabila tentera Israel membuat serangan ke atas Hamas di Qatar dan susulan itu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi teguran luar biasa kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Menurutnya, serangan itu adalah keputusan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bukan datang daripada dirinya, beliau juga cuba menghentikan serangan Israel ke atas Doha tetapi usaha itu dibuat terlalu lewat.

“Ini adalah keputusan yang dibuat oleh Netanyahu, ia bukan keputusan saya. Saya melihat Qatar sebagai sekutu kuat dan sahabat kepada AS dan saya berasa sangat kesal dengan lokasi serangan itu,” katanya.

image is not available

Beliau bagaimnanapun, menyifatkan penghapusan Hamas sebagai satu matlamat yang berbaloi.

Serangan Israel ke atas Doha dianggap sensitif kerana Qatar menjadi perantara penting rundingan gencatan senjata Gaza dan menempatkan pangkalan udara besar AS.

Malah, Qatar baru-baru ini menghadiahkan jet mewah Boeing 747-8 kepada AS untuk digunakan Trump sebagai pesawat presiden.

Susulan itu, Trump juga sudah bercakap dengan Netanyahu selepas kejadian dan percaya insiden malang itu boleh membuka peluang untuk keamanan, beliau turut memberi jaminan kepada Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani bahawa perkara sama tidak akan berlaku lagi di tanah air mereka.

 

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.