Kekuatan akar umbi jadi asas kerjasama Pas, UMNO

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 3:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kekuatan akar umbi jadi asas kerjasama Pas, UMNO

KUALA LUMPUR: Kekuatan organisasi Pas dan UMNO dari peringkat akar umbi hingga kepimpinan menjadi asas kepada kerjasama politik antara kedua-dua parti.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, kedua-duanya turut mempunyai asas yang sama dalam konteks politik negara, khususnya sokongan dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera.

“Pas dan UMNO mempunyai asas yang sama dalam konteks politik Malaysia, khususnya kerana kedua-duanya mempunyai sokongan dalam kalangan orang Melayu dan bumiputera.

“Kedua-duanya juga mempunyai organisasi yang kukuh dari peringkat akar umbi hingga kepimpinan. Sudah tentu teras politik di Malaysia ialah orang Melayu dan Bumiputera.

“Pas dan UMNO adalah tonggaknya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Mengulas kehadiran barisan kepimpinan Pas ke PAU 2026, Idris berkata, ia merupakan kunjungan balas selepas pemimpin UMNO menghadiri muktamar parti itu sebelum ini.

“Kehadiran kami di sini sebagai wakil kepimpinan adalah untuk membalas kunjungan. Orang berbudi kita berbahasa, orang sudah datang, kita balaslah.

“Kehadiran kami pada hari ini adalah untuk melengkapkan lagi kerjasama politik ini dalam konteks Malaysia,” katanya.

Mengenai kerjasama kedua-dua parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Idris berkata, proses itu sudah mula digerakkan dengan ahli di peringkat akar umbi diarahkan menjalin hubungan dan meneroka kerjasama.

“Ia sekarang sudah berjalan. Kita memang sudah mengarahkan semua dan ahli di bawah sudah menjalin hubungan untuk meneroka bersama-sama. Itu jajarannya,” katanya. –UTUSAN

The post Kekuatan akar umbi jadi asas kerjasama Pas, UMNO appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved