“Ini sahaja yang termampu” – 4 Beranak Terpaksa Sewa Rumah Uzur Di Kawasan Perkuburan

17 Aug 2026 • 11:42 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

keluarga sewa rumah kawasan perkuburan

Hidup serba kekurangan memaksa sebuah keluarga menyewa sebuah rumah uzur yang terletak di dalam kawasan perkuburan di Kampung Ladang Sahat, Kuala Terengganu sejak setahun lalu.

Mohd. Fami Abdul Rahman, 40, bersama isterinya, Sarida Kasim, 40, serta dua anak tirinya yang masing-masing berusia lapan dan 13 tahun menumpang teduh di rumah berkenaan dengan sewa sebanyak RM200 sebulan.

Menurut Mohd. Fami, rumah tersebut dipilih kerana itulah sahaja yang mampu disewa dengan pendapatannya sebagai pemotong rumput yang tidak menentu.

“Ini sahaja yang termampu memandangkan pendapatan saya sebagai pemotong rumput tidak menentu. Syukur isteri dan anak-anak tidak kisah biarpun kami ‘berjirankan’ kubur,” ujarnya.

Lebih menyentuh hati, setiap hari Mohd. Fami terpaksa keluar mencari pelanggan di sekitar bandar raya dan daerah bersebelahan dengan menawarkan khidmat memotong rumput di rumah penduduk.

Namun, pendapatannya tidak menentu kerana ada hari langsung tiada pelanggan. Keadaan itu menyebabkan mereka sekeluarga perlu berjimat cermat bagi memastikan keperluan harian dan persekolahan anak-anak dapat dipenuhi.

Malah, Mohd. Fami mengakui terpaksa mengetepikan rasa malu dan memohon bantuan bagi menyediakan kelengkapan persekolahan untuk dua anaknya yang kini masing-masing berada di darjah dua dan tingkatan satu.

Lead keluarga daif

Artikel berkaitan: “Di situ makan, di situlah tidur” – 11 Beranak Tinggal Di Pondok Usang Tanpa Dinding Selama 18 Tahun

Artikel berkaitan: Pernah Viral Satu Keluarga Duduk Dalam Kereta, Bapa 5 Anak Kini Bangkit, Punyai Kerja Gaji RM 5K Sebulan

Nasib keluarga itu turut mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Ladang Sahat, Adnan Salleh yang hadir menyampaikan bantuan kelengkapan persekolahan kepada anak-anaknya.

Bagi Mohd. Fami, dia amat bersyukur apabila kesusahan keluarganya mendapat perhatian dan bantuan daripada pihak berkenaan.

Walaupun serba kekurangan, dia tetap berazam untuk terus berusaha menyara isteri yang baru dinikahinya setahun lalu serta dua anak tiri dengan hanya bergantung kepada kemahiran memotong rumput.

Buat yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun bank Mohd. Fami bernombor 1110141000118597 (Bank Simpanan
Nasional) atau menghubunginya di talian 012-539 9837.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved